Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 3:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Aku disunatkan ketika berumur lapan hari, berbangsa Israel, daripada suku Benyamin, seorang Ibrani keturunan orang Ibrani; dalam hal Taurat aku orang Farisi;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

5 Bŭrsunatkan pada hari yang kadŭlapan, dan chabang deri bani Israil, dan deripada suku Benjamin, dan sa’orang Ibrani deripada Ibrani; adapun deri hal tauret, bahwa aku sa’orang Faresia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Aku disunat ketika berumur lapan hari. Aku dilahirkan sebagai orang Israel daripada suku Benyamin. Oleh itu aku orang Ibrani sejati. Dalam hal mentaati hukum agama Yahudi, aku tergolong orang Farisi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Aku disunat ketika berumur lapan hari. Aku dilahirkan sebagai orang Israel daripada suku Benyamin. Oleh itu aku orang Ibrani sejati. Dalam hal mentaati hukum agama Yahudi, aku tergolong orang Farisi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 3:5
16 Iomraidhean Croise  

Lalu seorang yang berjaya melarikan diri pergi menemui Abram, orang Ibrani itu dan memberitahukan hal itu kepadanya. Pada masa itu Abram tinggal berdekatan dengan pokok-pokok oak milik Mamre, seorang warga Amori, saudara kepada Eskol dan Aner. Mereka ini ialah sekutu Abram.


Bagi kesemua keturunanmu, setiap anak lelaki berumur delapan hari mesti disunatkan, sama ada mereka yang dilahirkan di rumahmu atau yang dibeli daripada orang asing mana-mana pun yang bukan keturunanmu.


kerana sebenarnya aku ini diculik dari negeri orang Ibrani, dan di sini pun aku tidak pernah berbuat sesuatu pun yang menyebabkan aku patut dimasukkan ke dalam kurungan.”


Bersama-sama kami di sana ada seorang pemuda Ibrani, hamba ketua pengawal diraja. Kemudian kami menceritakan mimpi kami kepadanya, lalu dia mentafsirkan mimpi kami masing-masing.


Jawab Yunus, “Aku orang Ibrani. Aku takut kepada TUHAN, Allah semesta langit, yang menjadikan lautan dan daratan.”


Pada hari yang kelapan, mereka datang untuk menyunatkan bayi itu. Mereka mahu menamainya Zakharia seperti nama bapanya.


Lapan hari kemudian, tibalah masanya untuk menyunatkan bayi itu, lalu Dia diberi nama Yesus, seperti yang dikatakan oleh malaikat sebelum Dia dikandung oleh Maria.


Tetapi air anggur yang baru harus dituang ke dalam kirbat kulit yang baru.


“Aku ini orang Yahudi, dilahirkan di Tarsus di Tanah Kilikia, tetapi dibesarkan di kota ini, berguru kepada Gamaliel. Aku diajar hukum nenek moyang kita dengan betul, dan aku pula tekun beribadat kepada Allah, sama seperti saudara-saudara sekalian pada hari ini.


Paulus mengetahui bahawa dalam perhimpunan itu separuhnya orang Saduki dan separuhnya orang Farisi. Dia pun berkata, “Saudara-saudara, aku ini orang Farisi dan anak orang Farisi. Aku didakwa kerana berharap kepada kebangkitan daripada kematian.”


Tidak berapa lama selepas itu, ketika murid Yesus kian meningkat bilangannya, timbullah aduan daripada orang Yahudi peranakan Yunani terhadap orang Yahudi Ibrani. Orang Yahudi peranakan Yunani berkata bahawa balu dalam kalangan mereka diabaikan dalam pengagihan bantuan harian.


Oleh itu, aku bertanya, “Adakah Allah telah menyingkirkan umat-Nya?” Sama sekali tidak! Aku sendiri seorang berbangsa Israel, keturunan Abraham, daripada suku Benyamin.


Adakah mereka berbangga kerana mereka orang Ibrani? Aku juga begitu. Kerana mereka bangsa Israel? Aku juga begitu. Kerana mereka keturunan Abraham? Aku juga begitu.


Dan orang Filistin yang mendengar bunyi sorak itu berkata, “Apakah bunyi sorak yang nyaring di perkhemahan orang Ibrani itu?” Lalu diketahuilah mereka bahawa tabut TUHAN telah sampai di perkhemahan itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan