Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 3:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Kristus Yesus, dan tidak mengharapkan hal lahiriah —

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Kŭrna kami ini orang bŭrsunat, yang mŭnyŭmbah Allah dŭngan Roh, dan yang bŭrsukachita kŭrna Isa Almasih, dan tiada bŭrgantong pada daging.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tetapi kitalah orang yang sudah menerima sunat yang benar, bukan mereka. Kita menyembah Allah dengan pertolongan Roh-Nya dan kita bersukacita kerana hidup bersatu dengan Kristus. Kita tidak bergantung kepada upacara yang lahiriah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tetapi kitalah orang yang sudah menerima sunat yang benar, bukan mereka. Kita menyembah Allah dengan pertolongan Roh-Nya dan kita bersukacita kerana hidup bersatu dengan Kristus. Kita tidak bergantung kepada upacara yang lahiriah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 3:3
32 Iomraidhean Croise  

Muliakanlah nama-Nya yang suci; biarlah hati mereka sukacita, mereka yang mencari TUHAN.


Dalam TUHAN semua keturunan Israel akan dinyatakan benar dan akan bermegah.”


Sunatkanlah dirimu bagi TUHAN dan buanglah kulit khatan hatimu, wahai orang Yehuda dan penduduk Yerusalem, supaya murka-Ku tidak memancar seperti api, dan menyala tanpa ada yang memadamkan, kerana segala perbuatanmu yang jahat.”


iaitu orang Mesir, orang Yehuda, orang Edom, bani Amon, orang Moab, dan semua penghuni di gurun yang memotong tepi rambut. Semua bangsa itu sebenarnya tidak bersunat, bahkan hati seluruh keturunan kaum Israel pun tidak bersunat.”


Sungguh, dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa. Di setiap tempat dipersembahkan dupa bagi nama-Ku dan juga persembahan yang tahir, kerana nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Allah, yang kusembah sepenuh hati dalam penyebaran Injil Anak-Nya, menjadi saksiku bahawa aku sentiasa mengingatimu


Dengan demikian aku dapat berbangga dalam Kristus Yesus tentang hal-hal berkaitan Allah.


Tetapi sekarang, kita telah mati kepada apa yang membelenggu kita dahulu, maka kita telah dibebaskan daripada hukum untuk berkhidmat dalam cara baru Roh, tidak lagi dalam cara lama yang berasaskan peraturan bersurat.


Kerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, “Abba, Bapa.”


ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.


Ini tidaklah bererti Firman Allah telah gagal. Kerana bukan semua keturunan Israel itu diterima sebagai Israel.


Memandangkan ramai orang yang berbangga secara duniawi, maka aku akan berbangga juga;


Jika kita hidup dalam Roh, marilah kita berbuat segalanya dalam Roh juga.


Bagi mereka yang hidup menurut hukum ini, sejahtera dan belas kasihan atas mereka, dan atas Israel Allah.


Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih.


Oleh sebab itu, sunatlah hatimu dan jangan lagi keras kepala.


TUHAN, Allahmu, akan menyunat hatimu serta hati keturunanmu, sehingga kamu mengasihi TUHAN, Allahmu, dengan sepenuh hatimu dan dengan sepenuh jiwamu, supaya engkau dapat hidup.


Daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, Kepada semua orang salih dalam Kristus Yesus di Filipi, serta para penyelia dan penolong jemaah:


Bukanlah aku telah mencapainya, atau telah disempurnakan, tetapi aku terus berusaha, semoga aku dapat mengambil sesuatu yang kerananya aku telah diambil oleh Kristus Yesus.


aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Kristus Yesus.


Dalam-Nya juga kamu telah disunatkan dengan persunatan tanpa menggunakan tangan, iaitu dengan membuangkan segala dosa hawa nafsu dunia daripada tubuhmu, melalui persunatan Kristus.


Tetapi kamu, saudara-saudaraku yang dikasihi, teruskanlah usaha membina hidup yang berasaskan iman yang paling murni. Berdoalah dengan bimbingan Roh Kudus.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan