Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 3:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Bukanlah aku telah mencapainya, atau telah disempurnakan, tetapi aku terus berusaha, semoga aku dapat mengambil sesuatu yang kerananya aku telah diambil oleh Kristus Yesus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

12 Bukannya spŭrti yang sudah kudapati itu, atau sudah sampornalah aku ini, tŭtapi kukŭjar juga itu, kalau kalau aku bulih mŭnchŭkop itu yang spŭrti dichŭkopi ulih Isa Almasih akan daku pun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Aku tidak berkata bahawa aku sudah berjaya melakukan semua yang harus aku lakukan, ataupun sudah menjadi sempurna. Tetapi aku terus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memenangi hadiah yang disediakan oleh Kristus Yesus. Itulah tujuan Kristus Yesus menjadikan aku milik-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Aku tidak berkata bahawa aku sudah berjaya melakukan semua yang harus aku lakukan, ataupun sudah menjadi sempurna. Tetapi aku terus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memenangi hadiah yang disediakan oleh Kristus Yesus. Itulah tujuan Kristus Yesus menjadikan aku milik-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 3:12
44 Iomraidhean Croise  

Meskipun begitu, orang benar akan tetap berpegang kepada jalannya, dan orang yang suci tangannya akan bertambah kuat.


Oh, kalaulah cara-caraku ditujukan ke arah mematuhi ketetapan-Mu!


TUHAN akan menyempurnakan hal ehwalku; kasih-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya — janganlah tinggalkan hasil kerja tangan-Mu.


Seperti rusa merindui air sungai, demikianlah jiwaku merindui-Mu, ya Allah.


Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan.


Jiwaku ingin, ya rindu, akan pekarangan TUHAN; hatiku dan jasadku berseru kepada Allah yang hidup.


Tetapi penghakiman akan kembali kepada keadilan, dan semua yang tulus hati akan menurutnya.


Sebaliknya jalan orang benar seperti cahaya fajar, yang semakin benderang hingga puncak siang hari.


“Dengarlah Aku, wahai kamu yang mengejar perbenaran, wahai kamu yang mencari hadirat TUHAN! Pandanglah batu pejal tempat asal kamu terpahat dan lubang galian tempat asal kamu digali.


Marilah kita mengenal TUHAN, mari kita berusaha keras demi mengenal Dia. Sepastinya fajar, Dia akan menyatakan diri-Nya dan datang kepada kita seperti hujan, seperti hujan akhir musim yang membasahi bumi.”


Hendaklah engkau sempurna seperti Bapamu di syurga.”


Namun demikian, Tuhan berkata, “Pergilah, kerana Aku telah memilihnya sebagai alat pilihan-Ku untuk mengkhabarkan nama-Ku kepada bangsa-bangsa asing, raja-raja, dan umat Israel.


ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.


Setelah yang sempurna datang, maka yang tidak sempurna akan disingkirkan.


Sekarang kita hanya melihat samar-samar melalui cermin, tetapi akan tiba saatnya kita melihat dengan jelas berpandang muka. Demikianlah, sekarang aku hanya mengetahui sebahagian, tetapi akan tiba masanya aku mengetahui sepenuhnya, sebagaimana aku diketahui.


Sebagaimana kamu tahu, dalam lumba lari, semua peserta mengambil bahagian tetapi hanya seorang yang mendapat hadiah. Oleh yang demikian, berlarilah, hingga menerima hadiah.


Kami senang hati apabila kami lemah sedangkan kamu kuat. Kami juga mendoakan semoga kamu disempurnakan.


Oleh sebab kita telah mendapat janji-janji itu, saudara-saudara yang kukasihi, sucikanlah diri daripada segala yang menajiskan tubuh atau roh, dan sempurnakan kesucian kita dengan rasa takut kepada Allah.


Kerana keinginan tabii manusia menentang Roh, dan Roh menentang keinginan tabii manusia. Kedua-duanya berlawanan, supaya kamu tidak melakukan apa yang hendak kamu lakukan.


Sebabnya Dia telah memilih kita dalam Kristus sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya. Dalam kasih,


untuk menyediakan orang yang salih bagi kerja melayani, untuk meneguhkan tubuh Kristus.


Daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, Kepada semua orang salih dalam Kristus Yesus di Filipi, serta para penyelia dan penolong jemaah:


Tetapi setakat yang telah kita capai, marilah kita menempuhnya demikian juga.


Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Kristus Yesus, dan tidak mengharapkan hal lahiriah —


Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu Kristus,


Pastikan jangan sesiapa membalas kejahatan dengan kejahatan. Berusahalah ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang.


Tetapi kami mesti sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu, saudara-saudara yang dikasihi oleh Tuhan, kerana dari mulanya Allah telah memilih kamu untuk diselamatkan melalui penyucian dengan Roh Kudus dan kepercayaan terhadap apa yang benar.


dan terkenal berbuat baik, seperti mengasuh anak-anak, menumpangkan orang luar di rumahnya, melayani orang salih dengan hormat, membantu orang dalam kesusahan, serta sentiasa membuat kebajikan.


Dengan demikian mereka meletakkan asas yang teguh bagi diri mereka untuk hari kemudian supaya mereka dapat hidup kekal kelak.


Berusahalah mendapatkan perdamaian dengan semua orang, serta kesucian; tanpanya tiada sesiapa pun dapat melihat Tuhan.


kepada perhimpunan besar dan kepada jemaah anak sulung yang didaftarkan di syurga, kepada Allah Hakim ke atas sekaliannya, kepada roh-roh orang benar yang telah disempurnakan,


melengkapkan kamu dengan segala yang baik untuk melakukan kehendak-Nya, mengusahakan dalam dirimu apa yang diredai-Nya, melalui Yesus Kristus, bagi-Nya kemuliaan selama-lamanya. Amin.


Kita semua selalu melakukan kesalahan. Sekiranya seseorang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan melalui tutur katanya, maka dia itu seorang yang sempurna. Dia dapat menguasai seluruh dirinya.


Tetapi setelah kamu menderita beberapa waktu, Allah, sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu dalam Kristus untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, akan menyempurnakan, menegakkan, mengukuhkan dan menenteramkan kamu.


Hendaklah kamu semakin kukuh dalam kasih kurnia Tuhan dan Penyelamat kita Yesus Kristus dan semakin mengenal-Nya. Bagi-Nya kemuliaan, sekarang dan selama-lamanya! Amin.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan