Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 3:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Akhir kata, saudara-saudaraku, bersukacitalah dalam Tuhan! Bagiku menuliskan perkara yang sama kepadamu tidaklah menjemukan, dan ini memastikan keselamatanmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 MAKA akhirnya, hie sagala saudaraku, handaklah kamu bŭrsukachita kŭrna Tuhan, akan mŭnyuratkan deri hal sama pŭrkara itu, iya itu tiada mŭnjadikan kasusahan bagieku, mŭlainkan iya itu mŭndatangkan aman kapada kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Akhirnya, saudara-saudaraku, semoga kamu bersukacita kerana telah hidup bersatu dengan Tuhan. Aku tidak berkeberatan mengulangi apa yang telah aku tulis dahulu, kerana hal itu baik untuk keselamatan kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Akhirnya, saudara-saudaraku, semoga kamu bersukacita kerana telah hidup bersatu dengan Tuhan. Aku tidak berkeberatan mengulangi apa yang telah aku tulis dahulu, kerana hal itu baik untuk keselamatan kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 3:1
46 Iomraidhean Croise  

Seluruh orang Israel mengiringi pengangkutan tabut perjanjian TUHAN dengan sorak-sorai dan dengan bunyi sangkakala, nafiri, dan ceracap, sambil memperdengarkan permainan gambus dan kecapi.


Bermegahlah dalam nama-Nya yang suci, biarlah kalangan yang mencari hadirat TUHAN bersuka hati.


Pada hari itu mereka makan dan minum di hadapan TUHAN dengan sukacita yang besar. Lalu mereka menobatkan Salomo anak Daud untuk kali kedua sebagai raja dan melantik dia bagi TUHAN sebagai pemimpin, serta Zadok sebagai imam.


Kata Nehemia kepada mereka, “Pergilah, makanlah yang sedap-sedap, minumlah yang manis-manis, dan kirimlah makanan kepada orang yang tidak menyiapkan apa-apa, kerana hari ini suci bagi Tuhan kita. Janganlah kamu berduka, sebab sukacita daripada TUHAN ialah kekuatan kamu.”


Sesungguhnya, pada waktu itu engkau akan bersenang-lenang kerana Yang Maha Kuasa, dan akan menengadahkan muka kepada Allah.


Biarlah Israel bergembira kerana Pencipta mereka; biarlah anak-anak Sion berbahagia kerana Raja mereka.


Bersukacitalah dalam TUHAN dan bergembiralah, wahai orang yang benar; dan bersoraklah dengan girang, wahai semua orang yang tulus hati!


Bergembiralah tentang TUHAN, wahai orang yang benar; kerana pujian daripada orang tulus sungguh indah.


Cari kebahagiaan daripada TUHAN, maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu.


Apabila kukenang segala ini kucurah keluar seluruh jiwaku: kerana dahulu aku pergi bersama orang ramai, ke Rumah Allah, dengan sorak-sorai kegembiraan dan puji-pujian bersama orang ramai menyambut hari mulia.


Tetapi biarlah semua orang yang bernaung kepada-Mu bersukacita; biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan. Berilah mereka perlindungan-Mu, supaya orang yang mengasihi nama-Mu dapat bersukacita dalam-Mu.


TUHAN bertakhta memerintah, biarlah bumi bergembira; biarlah pulau-pulau yang banyak bersukacita.


Engkau akan menampi mereka, lalu angin akan menerbangkan mereka dan badai akan menghamburkan mereka. Engkau akan bergembira kerana TUHAN dan bermegah kerana Yang Maha Suci, Allah Israel.


Aku sangat bergirang di dalam TUHAN, jiwaku bergembira di dalam Allahku, kerana Dia mengenakan pakaian penyelamatan kepadaku dan menyelubungi aku dengan jubah perbenaran, seperti pengantin lelaki memakai perhiasan kepala dan pengantin perempuan berhias diri dengan barang kemasnya.


Sesungguhnya, hamba-hamba-Ku akan bersorak-sorai kerana riang hati, tetapi kamu akan berteriak kerana bersedih dan meraung-raung kerana patah semangat.


Wahai bani Sion, bergembiralah dan bersukacitalah kerana TUHAN, Allahmu, kerana Dia mengurniakan kepadamu hujan awal musim dengan adilnya. Dia menurunkan hujan bagimu, hujan awal musim ataupun hujan akhir musim seperti dahulu.


Bersorak-sorailah, wahai puteri Sion! Bersoraklah dengan gembira, wahai Israel! Bersukacitalah dan bersuka rialah dengan seluruh hatimu, wahai puteri Yerusalem!


TUHAN, Allahmu, hadir di tengah-tengahmu seperti kesateria pembawa kemenangan. Dengan penuh sukacita Dia akan bergirang kerana engkau, dan tenang berdiam kerana kasih-Nya. Dengan sorak-sorai Dia akan bergembira kerana engkau.”


Efraim akan seperti seorang kesateria, hati mereka akan gembira seperti orang minum air anggur. Anak-anak mereka akan melihatnya dan bersukacita, hati mereka akan bergembira di dalam TUHAN.


Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.”


rohku bergembira kerana Allah, Penyelamatku,


Bukan ini sahaja, tetapi kita juga bersukacita dalam Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus yang melalui-Nya kita telah menerima pendamaian.


Akhir kata, saudara-saudara seimanku, kuucapkan salam perpisahan dahulu. Berusahalah menjadi sempurna. Senangkan hati, bulatkan muafakat, hidup rukun damai; maka Allah sumber kasih dan damai sejahtera akan bersertamu.


Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-Nya.


Baik engkau, anak lelakimu, anak perempuanmu, hambamu yang lelaki, hambamu yang perempuan, mahupun bani Lewi yang ada di kotamu, harus memakannya di hadapan TUHAN, Allahmu, iaitu di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu. Bersuka rialah di hadapan TUHAN, Allahmu, atas segala usaha kamu.


Bersuka rialah di hadapan TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, sebagai tempat untuk menegakkan nama-Nya, baik engkau, anak lelakimu, anak perempuanmu, hambamu yang lelaki, hambamu yang perempuan, bani Lewi yang ada di kotamu, pendatang, anak yatim, mahupun balu yang ada dalam kalangan kamu.


Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Kristus Yesus, dan tidak mengharapkan hal lahiriah —


Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa. Kukatakan lagi: Bersukacitalah!


Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi — jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji — tumpukan fikiran kepadanya.


Akhirnya, saudara-saudaraku, dengan nama Tuhan Yesus, kami meminta dan menyeru kamu sebagaimana yang kamu pelajari daripada kami supaya kamu menegakkan cara hidup yang diredai Allah. Sebagaimana yang telah kamu lakukan sedemikian, lakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh.


Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila kamu menghadapi pelbagai cubaan,


Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik.


Sebaliknya, bergembiralah bahawa kamu turut mengalami penderitaan Kristus. Dengan demikian, apabila kemuliaan-Nya ternyata, kamu juga dapat berasa sukacita yang tidak terhingga.


Saudara-saudara yang kukasihi, aku menulis surat yang kedua ini kepadamu. Aku menulis kedua-dua suratku untuk merangsang pemikiran murnimu untuk mengingatkanmu


Lalu berdoalah Hana, “Hatiku bersuka ria kerana TUHAN; Kekuatanku disanjung tinggi kerana TUHAN. Mulutku mengecam para musuhku, kerana aku bersukacita atas pertolongan-Mu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan