Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 2:2 - Alkitab Versi Borneo

2 sempurnakanlah kebahagiaanku dengan berkeadaan sejiwa, mempunyai kasih yang sama, sepakat dan bersatu hati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Mŭnggŭnapilah kasukaanku, supaya bŭrsamaanlah ingatanmu, sŭbab ada mŭnaroh sama kasih, sŭbab ada sama sŭfakat, dan sama hati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 2:2
28 Iomraidhean Croise  

Untuk saudara-saudara dan teman-temanku, aku akan berkata sekarang, “Semoga sejahtera di dalammu.”


Yang mendapatkan pengantin perempuan ialah pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki yang cuma menanti dan mendengarkan ketibaan pengantin lelaki, berasa bahagia ketika mendengar suara pengantin lelaki. Demikian juga aku. Sekarang sempurnalah kebahagiaanku.


Mereka semuanya dengan sehati terus-menerus berdoa, bersama orang perempuan dan Maria ibu Yesus, serta saudara-saudara-Nya.


Apabila tiba Hari Pentakosta, mereka semuanya bersama-sama di suatu tempat.


Demikianlah setiap hari mereka di Bait Suci dengan satu hati, dan membahagi roti dari rumah ke rumah, lalu memakan rezeki mereka dengan sukacita dan tulus hati,


Melalui rasul-rasul itu banyak tanda ajaib dan mukjizat dilakukan dalam kalangan masyarakat itu. Semuanya berhimpun dengan sehati di Serambi Salomo.


Bersatu hatilah sesama kamu. Jangan tinggi hati, sebaliknya bergaullah dengan golongan yang sederhana. Jangan anggap dirimu bijaksana.


Saudara-saudaraku! Demi nama Tuhan kita Yesus Kristus aku berseru kepada kamu semua supaya seia sekata dan tidak wujud perpecahan. Dengan demikian, kamu bersatu hati dan fikiran sepenuhnya.


Akhir kata, saudara-saudara seimanku, kuucapkan salam perpisahan dahulu. Berusahalah menjadi sempurna. Senangkan hati, bulatkan muafakat, hidup rukun damai; maka Allah sumber kasih dan damai sejahtera akan bersertamu.


Oleh itulah aku menuliskannya dalam suratku, supaya jangan nanti aku bersedih kerana mereka yang sepatutnya memberikan kegembiraan kepadaku. Aku percaya bahawa jika aku gembira, kamu akan turut gembira.


Bukan kedatangannya sahaja yang menghibur, malah juga penghiburan yang didapatinya keranamu. Dia bercerita kepada kami tentang kerinduanmu, penyesalanmu, dan kesungguhan semangatmu menyokongku, yang lebih menggembirakan lagi hatiku.


dan aku sentiasa mendoakanmu dengan sukacita dalam setiap permohonanku,


berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari Kristus kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia.


Kerana tiada seorang bersamaku yang sama sepertinya dan bersungguh-sungguh mengambil berat tentang hal ehwalmu.


Aku merayu kepada Euodia dan Sintikhe supaya bersatu hati dalam Tuhan.


Sungguhpun tubuhku tiada di sisimu, namun rohku tetap bersamamu, dan aku sukacita kerana melihat keadaanmu yang teratur rapi dan imanmu yang kukuh dalam Kristus.


Tetapi kami mesti sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu, saudara-saudara yang dikasihi oleh Tuhan, kerana dari mulanya Allah telah memilih kamu untuk diselamatkan melalui penyucian dengan Roh Kudus dan kepercayaan terhadap apa yang benar.


Apabila aku mengenang air matamu, aku sungguh ingin bertemu kembali denganmu supaya hatiku dipenuhi rasa bahagia.


Saudaraku, semoga aku mendapat pertolonganmu dalam Tuhan. Segarkanlah hatiku dalam Kristus.


Aku sungguh sukacita mengetahui bahawa sebilangan anak puan hidup mengikut kebenaran, sebagaimana yang diperintahkan kepada kita oleh Bapa.


Tiada yang lebih membahagiakanku daripada berita bahawa anak-anakku hidup mengikut kebenaran.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan