Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 1:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Allah menjadi saksiku bahawa aku amat merindui kamu dengan kasih Kristus Yesus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

8 Kŭrna bahwasanya Allah juga saksiku, bagimanakah rindu dŭndamnya aku akan kamu, laksana jantong limpat Isa Almasih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Allah tahu bahawa apa yang aku katakan ini benar. Aku mengasihi kamu dengan kasih yang berasal daripada Kristus Yesus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Allah tahu bahawa apa yang aku katakan ini benar. Aku mengasihi kamu dengan kasih yang berasal daripada Kristus Yesus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 1:8
24 Iomraidhean Croise  

Sekarang juga, ketahuilah, Saksiku ada di syurga, Yang Bersaksi bagiku ada di tempat yang tinggi.


Oleh sebab itu hatiku berdenting seperti kecapi kerana Moab, begitu pula batinku kerana Kir-Hareset.


Pandanglah dari syurga dan lihatlah dari kediaman-Mu yang suci dan mulia. Di manakah semangat-Mu dan keperkasaan-Mu? Gelora hiba-Mu dan kasih sayang-Mu tertahan bagiku!


Adakah Efraim itu anak kesayangan bagi-Ku, adakah dia anak emas? Kerana setiap kali Aku mengancam dia, Aku pasti terkenang lagi kepadanya. Itulah sebabnya hati-Ku rindu kepadanya, Aku pasti mengasihaninya,” demikianlah firman TUHAN.


Oleh sebab Allah kita mengasihani kita, cahaya matahari akan terbit dari tempat tinggi


Allah, yang kusembah sepenuh hati dalam penyebaran Injil Anak-Nya, menjadi saksiku bahawa aku sentiasa mengingatimu


Aku berkata benar dalam Kristus. Aku tidak berdusta, hati nuraniku mengesahkannya dalam Roh Kudus.


Kami senang hati apabila kami lemah sedangkan kamu kuat. Kami juga mendoakan semoga kamu disempurnakan.


Kamu terbatas bukanlah oleh kami tetapi oleh perasaanmu sendiri.


Kasihnya kepadamu kian mendalam apabila dia mengingati ketaatanmu, dan betapa kamu telah menyambutnya dengan takut dan gementar.


Sesungguhnya, di hadapan Allah, perkara-perkara yang kutuliskan kepadamu ini benar, aku tidak berbohong.


Kamu semua telah menjadi anak Allah melalui iman dalam Kristus Yesus.


Hai anak-anak kecilku, aku mengalami sengsara seperti hendak melahirkan kamu sekali lagi sehingga Kristus terbentuk dalam dirimu.


Oleh itu, jika ada galakan kerana bersatu dalam Kristus, jika ada penghiburan hati kerana kasih-Nya, jika ada keakraban dalam Roh, jika ada lemah lembut dan belas kasih,


Sememangnya, dia merindui kamu semua, dan berasa susah hati disebabkan kamu telah mendengar bahawa dia sakit.


Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi dan dirindui, yang menjadi kebahagiaanku dan mahkotaku, berdirilah dengan teguh dalam Tuhan, wahai sekalian yang kusayangi!


Aku mahu kamu tahu betapa perasaanku bergolak keranamu dan orang Laodikia, juga semua yang belum lagi bertemu muka denganku.


Sebagai orang pilihan Allah yang suci dan amat dikasihi-Nya kamu haruslah bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar.


Kamu tahu bahawa kami tidak mendekatimu dengan kata-kata sanjungan atau dengan niat tersembunyi untuk mendapatkan keuntungan daripadamu. Allah menjadi saksi kami.


Kami amat mengasihimu sehingga kami bukan sahaja berasa sukacita menyampaikan Injil daripada Allah kepadamu malah sanggup memberikan kehidupan dan nyawa kami untukmu kerana kamu amat kami kasihi.


Apabila aku mengenang air matamu, aku sungguh ingin bertemu kembali denganmu supaya hatiku dipenuhi rasa bahagia.


Aku menghantar kembali kepadamu Onesimus yang amat kukasihi.


Saudaraku, semoga aku mendapat pertolonganmu dalam Tuhan. Segarkanlah hatiku dalam Kristus.


Jika seorang yang berharta melihat saudaranya yang miskin memerlukan bantuan tetapi tidak mahu menolongnya, bagaimanakah kasih Allah dapat hidup dalam dirinya?


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan