Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 1:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Aku ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, bahawa segala yang telah berlaku kepadaku sebenarnya semakin memajukan penyebaran Injil.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

12 Akan tŭtapi kukahandaki kamu mŭngatahui saudara saudara, adapun sagala pŭrkara yang tŭlah bŭrlaku padaku itu, iya itu tŭrlebih mŭnjalankan pŭngajaran Injil itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Saudara-saudaraku, aku mahu kamu tahu bahawa semua perkara yang berlaku kepadaku sesungguhnya menyebabkan lebih banyak orang mendengar Berita Baik itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Saudara-saudaraku, aku mahu kamu tahu bahawa semua perkara yang berlaku kepadaku sesungguhnya menyebabkan lebih banyak orang mendengar Berita Baik itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 1:12
19 Iomraidhean Croise  

Maka pada hari ketiga belas pada bulan kedua belas, iaitu bulan Adar, apabila berkuat kuasanya perintah dan titah raja, musuh orang Yahudi berharap akan berkuasa atas mereka. Namun begitu, hal yang sebaliknya terjadi, kerana orang Yahudi pula berkuasa atas pihak-pihak yang memusuhi mereka.


Sesungguhnya, kemarahan manusia akan mendatangkan puji untuk-Mu, mereka yang terselamat daripada kemarahan itu akan menyanjung kebesaran-Mu.


Sekarang aku tahu bahawa TUHAN lebih besar daripada semua tuhan, kerana hal ini dilakukan-Nya terhadap orang yang bersikap angkuh terhadap orang Israel.”


Inilah peluang bagimu untuk memberikan kesaksian.


Mereka yang bercerai-berai pergi ke merata-rata menyampaikan firman.


Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya.


Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita.


kerana persahabatanmu dalam Injil dari mulanya hingga sekarang.


Wajarlah aku memikirkan demikian tentang kamu semua kerana kamu sentiasa dalam hatiku. Kamu juga turut mendapat kasih kurnia Allah bersamaku, baik dalam hal aku dipenjarakan ini mahupun dalam mempertahankan dan meneguhkan Injil.


Tetapi kamu mengetahui kelakuannya yang sudah teruji, seperti anak dengan bapa dia berkhidmat bersamaku dalam penyebaran Injil.


Kamu orang Filipi juga tahu bahawa apabila Injil mula dikhabarkan, ketika aku baru keluar dari Makedonia, tiada jemaah yang memberikan layanan kepadaku dalam memberi dan menerima kecuali kamu.


Dan aku meminta kepadamu juga, teman sejati, bantulah perempuan-perempuan ini yang telah berusaha bersamaku untuk Injil, juga dengan Klemen serta teman sekerjaku yang lain, yang nama-nama mereka ada dalam Kitab Hidup.


Oleh itu, aku menyeru kaum lelaki di mana-mana sahaja supaya berdoa serta menadahkan tangan yang suci, tanpa kemarahan atau perselisihan.


yang kerananya aku menderita seolah-olah aku seorang penjahat, sehingga dipenjarakan. Tetapi firman Allah tidak mungkin dipenjarakan.


Tetapi Tuhan menyertaiku dan memberiku kekuatan, supaya berita baik dapat dikhabarkan sepenuhnya melaluiku, dan semua bangsa asing bukan daripada bani Israel dapat mendengarnya. Juga aku telah diselamatkan daripada mulut singa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan