Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 1:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, Kepada semua orang salih dalam Kristus Yesus di Filipi, serta para penyelia dan penolong jemaah:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 BAHWA Paulus dan Timothius, iya itu hamba hamba Isa Almasih, datang kapada sagala orang salih yang dalam agama Isa Almasih yang ada dinŭgri Filippi, sŭrta dŭngan sagala guru guru, dan sagala khadam khadam dalam agama.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Surat daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, dan surat ini ditujukan kepada umat Allah di Filipi yang bersatu dengan Kristus, termasuk para pemimpin dan penolong jemaah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Surat daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, dan surat ini ditujukan kepada umat Allah di Filipi yang bersatu dengan Kristus, termasuk para pemimpin dan penolong jemaah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 1:1
48 Iomraidhean Croise  

Umpama seorang yang berpergian: Dia meninggalkan rumahnya dan memberikan kekuasaan kepada hamba-hambanya, setiap orang dengan tugasnya serta memerintahkan penjaga pintu supaya berjaga-jaga.


Sesiapa yang ingin mengabdi kepada-Ku mesti mengikut-Ku, dan di mana Aku berada, di situlah juga abdi-Ku. Orang yang mengabdi kepada-Ku akan dihormati oleh Bapa.”


“Sudah tersurat dalam kitab Mazmur, ‘Biarlah tempat kediamannya menjadi sepi; Dan jangan sesiapa pun tinggal di situ,’ dan, ‘Biarlah orang lain mengambil jawatannya.’


Jagalah dirimu dan semua kawanan kerana kamulah yang telah diamanahkan Roh Kudus untuk menjadi penyelia bagi menggembalakan jemaah Allah yang telah ditebus-Nya dengan darah-Nya sendiri.


Ananias menjawab, “Ya Tuhan, aku telah mendengar ramai orang mengatakan hal orang itu. Dia telah banyak menganiaya umat-Mu yang salih di Yerusalem.


Daripada Paulus, hamba Kristus Yesus yang dipanggil untuk menjadi rasul, dan dipilih khas untuk menyebarkan Injil daripada Allah.


Aku menulis kepada kamu sekalian di Roma, yang dikasihi oleh Allah dan dipanggil menjadi orang salih. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus memberimu kasih kurnia dan damai sejahtera.


Jika Timotius datang ke tempatmu, jangan biarkan dia berasa takut tinggal dalam kalanganmu, kerana dia juga melakukan pekerjaan untuk Tuhan, sama sepertiku.


Daripada Paulus yang dengan kehendak Allah telah dilantik sebagai rasul Kristus Yesus, dan daripada saudara kita, Timotius, Kepada jemaah di Korintus dan kepada semua orang salih yang tinggal di Akhaya:


Adakah aku hendak membuktikan diri kepada manusia atau kepada Allah? Adakah aku berusaha mendapatkan keredaan manusia atau keredaan Allah? Jika aku masih cuba mendapatkan keredaan manusia, aku bukanlah hamba Kristus.


Kamu semua telah menjadi anak Allah melalui iman dalam Kristus Yesus.


Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Kristus Yesus.


Daripada Paulus, rasul Kristus Yesus dengan kehendak Allah, Kepada semua orang salih di Efesus, iaitu orang yang beriman kepada Kristus Yesus:


Oleh itu aku juga, setelah mendengar bahawa kamu beriman kepada Tuhan Yesus dan mengasihi semua orang yang salih,


Kasih kurnia Allah bagi semua yang mengasihi Tuhan kita Yesus Kristus dengan kasih yang kekal.


Dalam Tuhan Yesus aku berharap akan dapat mengutus Timotius kepadamu dengan segera, supaya hatiku dihiburkan apabila mengetahui segala hal ehwalmu.


Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus:


Bukanlah aku telah mencapainya, atau telah disempurnakan, tetapi aku terus berusaha, semoga aku dapat mengambil sesuatu yang kerananya aku telah diambil oleh Kristus Yesus.


Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Kristus Yesus, dan tidak mengharapkan hal lahiriah —


Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu Kristus,


Daripada Paulus, Silwanus dan Timotius, Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah Bapa dan Tuhan Yesus Kristus: Kasih kurnia dan damai sejahtera menyertai kamu.


Kamu tahu bahawa kami telah dianiaya dan telah dihina di Filipi. Walaupun kami telah ditentang tetapi dengan pertolongan Allah kita, kami beroleh keberanian untuk menyampaikan Injil-Nya kepadamu.


Daripada Paulus, Silwanus dan Timotius, Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah Bapa kita dan dalam Tuhan Yesus Kristus:


Semua itu akan berlaku apabila Dia datang, pada hari itu, untuk dimuliakan oleh murid-murid-Nya yang salih dan untuk diberi penghormatan oleh semua orang beriman. Ini termasuk kamu kerana kamu percaya kepada kesaksian kami antara kamu.


Kepada Timotius, anak sejatiku dalam iman: Semoga Allah Bapa dan Kristus Yesus Tuhan kita menganugerahimu kasih kurnia, belas kasihan dan kesejahteraan.


Penolong jemaah juga haruslah orang yang dihormati, bukan orang yang lidah bercabang, pemabuk atau mengejar keuntungan secara haram.


Daripada Paulus, sebagai hamba Allah dan rasul Yesus Kristus demi iman semua orang pilihan Allah dan pengetahuan akan kebenaran yang menghasilkan kesalihan.


Ini perlu kerana seorang penyelia jemaah memegang tugas mengendalikan pekerjaan Allah. Oleh yang demikian, dia mestilah tidak bercela — tidak menindas orang lain, tidak pemarah, tidak pemabuk, tidak ganas, dan tidak rakus.


Daripada Paulus yang dipenjarakan kerana Kristus Yesus, dan daripada saudara kita Timotius, Kepada Filemon, sahabat kami dan teman sekerja yang dikasihi,


Ketahuilah bahawa saudara kita Timotius telah dibebaskan. Aku akan menemui kamu bersamanya jika dia datang segera.


Daripada Yakobus, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus, Kepada dua belas suku yang tersebar di serata dunia: Sambutlah salam daripadaku.


Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwamu.


Daripada Simon Petrus, hamba dan rasul Yesus Kristus, Kepada mereka yang seiman dengan kami melalui perbenaran Allah dan Penyelamat kita Yesus Kristus:


Surat ini daripada Yudas, hamba Yesus Kristus dan saudara Yakobus, Untuk tatapan mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa serta dilindungi oleh Yesus Kristus:


Inilah wahyu Yesus Kristus yang dinyatakan Allah kepada-Nya supaya Dia menyampaikan kepada hamba-hamba-Nya segala yang pasti segera terjadi. Kristus menghantarkan malaikat-Nya untuk memberitahukan perkara-perkara itu kepada hamba-Nya Yohanes.


Inilah maksud perlambangan tujuh bintang yang kaulihat di tangan kanan-Ku dan tujuh kaki pelita daripada emas itu. Tujuh bintang itu melambangkan para malaikat jemaah di tujuh tempat itu manakala tujuh kaki pelita itu melambangkan jemaah di situ.”


Aku sujud di kakinya untuk menyembahnya, tetapi dia berkata, “Jangan buat begitu! Aku hamba Allah sepertimu, dan seperti saudara-saudaramu yang memiliki kesaksian Yesus. Sembahlah Allah! Kesaksian Yesus itu roh nubuat.”


“Kepada malaikat jemaah di Pergamus, tulislah: Inilah firman daripada Dia yang memiliki sebilah pedang mata dua yang tajam.


“Kepada malaikat jemaah di Smirna, tulislah: Inilah firman daripada Dia Yang Pertama dan Yang Terakhir, yang telah mati dan hidup semula.


Tetapi dia berkata kepadaku, “Jangan buat begitu! Aku ini sesama hamba Allah sepertimu dan saudara-saudaramu, iaitu nabi-nabi dan sekalian yang memeliharakan kata-kata di dalam kitab ini. Hanya Allah yang harus kamu sembah.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan