Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filemon 1:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Namun demikian, aku tidak mahu memaksa kamu membantuku. Biarlah bantuan itu kamu hulurkan dengan rela hati. Oleh itu, aku tidak mahu berbuat apa-apa tanpa persetujuanmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

14 Akan tŭtapi dŭngan tiada kŭtahuimu, tiadalah aku mahu bŭrbuat barang suatu, supaya kŭbajikanmu itu jangan jadi dŭngan paksa, mŭlainkan dŭngan kŭrelaan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Tetapi aku tidak mahu memaksa kamu menolong aku. Aku lebih suka jika kamu melakukannya dengan rela hati. Oleh itu aku tidak mahu melakukan apa-apa kecuali kamu bersetuju.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Tetapi aku tidak mahu memaksa kamu menolong aku. Aku lebih suka jika kamu melakukannya dengan rela hati. Oleh itu aku tidak mahu melakukan apa-apa kecuali kamu bersetuju.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filemon 1:14
10 Iomraidhean Croise  

Aku tahu, ya Allahku, bahawa Engkaulah yang menguji hati dan berkenan kepada ketulusan. Maka aku mempersembahkan semua itu dengan ikhlas dan dengan setulus hati. Sekarang, dengan gembira telah kulihat umat-Mu yang hadir di sini memberikan pula persembahan sukarela kepada-Mu.


Kaum-Mu akan bekerja sukarela pada masa Engkau berkuasa. Dalam keindahan kesucian dari fajar pagi, Engkau memiliki kesegaran embun usia muda-Mu.


Andainya aku melakukannya mengikut kehendakku sendiri, patutlah aku mengharapkan upah. Tetapi aku melakukannya sebagai kewajipan, kerana Allah telah memberiku tugas itu.


Tiada askar yang menyara diri sendiri dalam angkatan perang. Tiada peladang yang tidak makan buah anggur dari ladang sendiri. Tiada gembala yang tidak minum susu daripada domba sendiri.


Kami bukanlah berhasrat memberikan perintah tentang apa yang harus kamu percayai; kamu sudah berdiri teguh dalam keyakinanmu. Kami mahu bekerja bersama kamu demi kebahagiaanmu.


Jika seseorang sanggup memberi, Allah reda menerima pemberiannya menurut apa yang dia ada, bukan apa yang dia tidak ada.


Dengan demikian aku telah meminta saudara-saudara kita pergi terlebih dahulu menemui kamu dan mengatur pemberian yang telah kamu janjikan itu; biar pemberian itu terkumpul dari kemurahan hatimu, bukan kerana terpaksa.


Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan