Ester 9:3 - Alkitab Versi Borneo3 Kesemua pegawai wilayah, wakil raja, pembesar, dan pentadbir kerajaan membantu orang Yahudi, kerana mereka dilanda oleh rasa takut terhadap Mordekhai. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 Bahkan semua pembesar wilayah - gabenor, pentadbir, dan wakil diraja - menyokong orang Yahudi kerana mereka takut kepada Mordekhai. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 Bahkan semua pembesar wilayah - gabenor, pentadbir, dan wakil diraja - menyokong orang Yahudi kerana mereka takut kepada Mordekhai. Faic an caibideil |
Maka para jurutulis diraja dipanggil pada hari ketiga belas pada bulan pertama. Sesuai seperti segala yang diperintahkan Haman, mereka pun menulis surat kepada wakil raja, kepada pembesar yang mengetuai setiap wilayah, dan kepada bangsawan setiap bangsa, setiap wilayah menurut tulisannya dan setiap bangsa menurut bahasanya. Surat itu ditulis atas nama Raja Ahasyweros dan dimaterai dengan cincin materai raja.
Di setiap wilayah dan di setiap kota, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu sampai, ada sukacita dan kegirangan dalam kalangan orang Yahudi, ada jamuan dan hari yang baik hinggakan ramai orang di negeri itu menjadi orang Yahudi kerana diri mereka dilanda oleh rasa takut terhadap orang Yahudi.
Dia berkata, “Jika baik menurut raja dan jika tuanku bermurah hati kepada hamba sehingga hal ini dipandang benar oleh raja dan hamba mendapat perkenan tuanku, maka biarlah tuanku mengeluarkan perintah untuk menarik balik surat-surat Haman anak Hamedata, bani Agag itu, yang ditulisnya dengan muslihat untuk membinasakan orang Yahudi di seluruh wilayah kerajaan.
Maka para jurutulis raja dipanggil pada ketika itu juga, iaitu pada hari kedua puluh tiga dalam bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Maka semua yang diarahkan oleh Mordekhai itu ditulislah dalam surat kepada orang Yahudi dan juga kepada para wakil raja, para pembesar, dan para pegawai wilayah dari India sampai ke Ethiopia, seratus dua puluh tujuh wilayah semuanya — setiap wilayah menurut tulisannya, setiap bangsa menurut bahasanya, dan kepada orang Yahudi menurut tulisan dan bahasa mereka.