Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 9:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Berkumpullah orang Yahudi di kota-kota raya mereka di seluruh wilayah Raja Ahasyweros untuk memusnahkan orang yang merancangkan kejahatan terhadap mereka. Tiada seorang pun yang dapat bertahan menghadapi mereka atas sebab semua bangsa dilanda oleh rasa takut terhadap orang Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Di kawasan orang Yahudi di tiap-tiap kota, orang Yahudi berkumpul dan menyerang siapa sahaja yang cuba mencederakan mereka. Bangsa-bangsa di mana sahaja takut kepada mereka sehingga tidak seorang pun berani menentang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Di kawasan orang Yahudi di tiap-tiap kota, orang Yahudi berkumpul dan menyerang siapa sahaja yang cuba mencederakan mereka. Bangsa-bangsa di mana sahaja takut kepada mereka sehingga tidak seorang pun berani menentang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 9:2
12 Iomraidhean Croise  

Kemudian mereka pun berangkat. Allah menyebabkan rasa takut melanda kota-kota yang ada di sekeliling mereka dan tiada yang memburu para anak Yakub itu.


Di dalam surat itu raja mengizinkan orang Yahudi yang ada di setiap kota untuk berkumpul dan mempertahankan diri masing-masing. Mereka boleh memusnahkan, membunuh, dan membinasakan mana-mana pasukan bangsa dan wilayah yang hendak menyerang mereka berserta kanak-kanak dan kaum perempuan mereka, dan boleh merampas harta milik kumpulan orang itu.


Di setiap wilayah dan di setiap kota, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu sampai, ada sukacita dan kegirangan dalam kalangan orang Yahudi, ada jamuan dan hari yang baik hinggakan ramai orang di negeri itu menjadi orang Yahudi kerana diri mereka dilanda oleh rasa takut terhadap orang Yahudi.


kesepuluh-sepuluh orang anak lelaki Haman anak Hamedata, musuh orang Yahudi itu. Tetapi mereka tidak merampas harta benda musuh mereka.


Biar mereka dicela dan dihina; mereka yang cuba mencederakan aku akan dihina dan diaibkan.


Lidahku akan menuturkan kebenaran-Mu sepanjang hari, kerana mereka telah dikelirukan dan mereka telah dimalukan, mereka yang cuba mencederakan aku.


Kengerian terhadap diri-Ku akan Kukirim mendahuluimu dan Aku akan mengacau-bilaukan semua bangsa yang kamu datangi. Aku akan membuat semua musuhmu lari membelakangimu.


Hancurlah, wahai bangsa-bangsa! Bertaburanlah! Perhatikanlah, wahai segala negeri yang jauh! Lengkapilah dirimu, dan bertaburanlah! Lengkapilah dirimu, dan bertaburanlah!


Tetapi Sihon, raja Hesbon, tidak mahu mengizinkan kita melalui negerinya kerana TUHAN, Allahmu, telah mengeraskan hatinya dan menjadikan hatinya degil supaya dia diserahkan ke dalam tanganmu, seperti yang terjadi pada hari ini.


TUHAN memang berkehendak mengeraskan hati semua orang itu agar mereka datang berperang melawan orang Israel. Dengan demikian mereka ditumpaskan tanpa mendapat belas kasihan dan dimusnahkan, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.


Katanya kepada mereka, “Aku tahu bahawa TUHAN telah mengurniakan negeri ini kepada kamu. Rasa ngeri terhadap kamu telah melanda kami, dan seluruh penduduk negeri ini gementar kerana kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan