Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 9:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Maka pada hari ketiga belas pada bulan kedua belas, iaitu bulan Adar, apabila berkuat kuasanya perintah dan titah raja, musuh orang Yahudi berharap akan berkuasa atas mereka. Namun begitu, hal yang sebaliknya terjadi, kerana orang Yahudi pula berkuasa atas pihak-pihak yang memusuhi mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Kemudian tibalah hari ketiga belas bulan Adar, iaitu hari yang ditetapkan bagi pelaksanaan titah diraja itu. Itulah hari yang dinanti-nantikan oleh musuh orang Yahudi untuk menguasai bangsa itu. Tetapi sebaliknya, orang Yahudi pula yang mengalahkan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Kemudian tibalah hari ketiga belas bulan Adar, iaitu hari yang ditetapkan bagi pelaksanaan titah diraja itu. Itulah hari yang dinanti-nantikan oleh musuh orang Yahudi untuk menguasai bangsa itu. Tetapi sebaliknya, orang Yahudi pula yang mengalahkan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 9:1
13 Iomraidhean Croise  

Engkau membuat musuh-musuhku lari membelakangiku. Kubinasakan kalangan yang membenci aku.


Surat-surat itu dikirimkan ke seluruh wilayah kerajaan melalui para utusan pantas. Isinya ialah perintah untuk memusnahkan, membunuh, dan menghapuskan semua orang Yahudi sama sekali, daripada yang muda sampai yang tua, termasuk kanak-kanak dan kaum wanita, dalam satu hari, iaitu pada hari ketiga belas pada bulan kedua belas, bulan Adar, dan untuk merampas harta benda mereka.


Pada bulan pertama, iaitu bulan Nisan, pada tahun kedua belas zaman Raja Ahasyweros, Haman menyuruh orang membuang pur, iaitu mencabut undi di hadapannya untuk menentukan hari dan bulan. Undi itu terjatuh pada bulan kedua belas, iaitu bulan Adar.


Hal itu hendaklah dilakukan dalam satu hari di seluruh wilayah Raja Ahasyweros, iaitu pada hari ketiga belas pada bulan kedua belas, bulan Adar.


Bagaimanakah mungkin hamba dapat melihat malapetaka yang akan menimpa bangsa hamba? Bagaimanakah dapat hamba melihat pembinasaan sanak saudara hamba?”


Peristiwa itu terjadi pada hari ketiga belas pada bulan Adar. Mereka berhenti pada hari keempat belas pada bulan itu dan menjadikannya hari untuk mengadakan jamuan serta keraian.


Engkau telah menyerahkan nyawa musuhku ke tanganku, supaya aku membinasakan mereka yang membenciku.


Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi tarian riang; Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan,


Pada saat itu barulah Petrus sedar apa yang telah terjadi. Dia berkata, “Sekarang tahulah aku bahawa segalanya benar-benar berlaku. Tuhan telah mengutus malaikat-Nya untuk menyelamatkan aku daripada Raja Herodes dan segala yang hendak dilakukan oleh orang Yahudi kepadaku.”


TUHAN akan membela perkara umat-Nya dan berbelas kasihan kepada hamba-hamba-Nya, apabila dilihat-Nya kekuatan mereka lenyap dan tidak ada yang terselamat, baik orang kurungan mahupun orang merdeka.


Bangsa-bangsa asing marah, maka datanglah kemurkaan-Mu, dan masanya untuk orang mati dihakimi, dan Engkau memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Mu, para nabi dan orang salih, serta manusia kecil dan besar yang takut akan Nama-Mu. Dan Engkau membinasakan mereka yang membinasakan bumi.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan