Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 8:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Maka para jurutulis raja dipanggil pada ketika itu juga, iaitu pada hari kedua puluh tiga dalam bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Maka semua yang diarahkan oleh Mordekhai itu ditulislah dalam surat kepada orang Yahudi dan juga kepada para wakil raja, para pembesar, dan para pegawai wilayah dari India sampai ke Ethiopia, seratus dua puluh tujuh wilayah semuanya — setiap wilayah menurut tulisannya, setiap bangsa menurut bahasanya, dan kepada orang Yahudi menurut tulisan dan bahasa mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Perkara itu berlaku pada hari kedua puluh tiga bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Mordekhai memanggil para setiausaha raja dan memerintah mereka menulis surat kepada orang Yahudi, para gabenor, pegawai pentadbir, dan pembesar di seluruh 127 buah wilayah kerajaan itu, dari India sampai ke Etiopia. Surat-surat itu ditulis kepada tiap-tiap wilayah dalam bahasa dan tulisan masing-masing. Dia juga mengirim surat kepada orang Yahudi dalam bahasa dan tulisan Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Perkara itu berlaku pada hari kedua puluh tiga bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Mordekhai memanggil para setiausaha raja dan memerintah mereka menulis surat kepada orang Yahudi, para gabenor, pegawai pentadbir, dan pembesar di seluruh 127 buah wilayah kerajaan itu, dari India sampai ke Etiopia. Surat-surat itu ditulis kepada tiap-tiap wilayah dalam bahasa dan tulisan masing-masing. Dia juga mengirim surat kepada orang Yahudi dalam bahasa dan tulisan Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 8:9
10 Iomraidhean Croise  

Baginda mengirimkan surat-surat ke semua wilayah kerajaan, iaitu kepada setiap wilayah menurut tulisannya dan kepada setiap bangsa menurut bahasanya, yang mengumumkan bahawa setiap lelaki harus menjadi ketua rumah tangganya dan menggunakan bahasa bangsanya sendiri.


Peristiwa ini berlaku pada zaman Ahasyweros yang memerintah seratus dua puluh tujuh buah wilayah, dari India hingga Ethiopia.


Darius berkenan melantik seratus dua puluh orang wakil raja atas kerajaan itu. Mereka ditugaskan untuk memerintah di seluruh kerajaan.


Daripada Raja Nebukadnezar kepada orang daripada semua suku, bangsa, dan bahasa yang berada di seluruh bumi, “Semoga kesejahteraanmu berlipat ganda!


Lalu Elyakim anak Hilkia, Sebna, dan Yoah berkata kepada Rabshakeh, “Harap tuan bercakap kepada hamba-hambamu ini dalam bahasa Aram kerana kami memahami bahasa itu. Janganlah tuan berkata-kata kepada kami dalam bahasa Ibrani, kerana rakyat yang berada di atas tembok itu dapat mendengarnya.”


Setelah itu, Raja Darius mengirim surat kepada semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa yang tinggal di seluruh bumi, “Semoga kesejahteraanmu berlipat ganda!


Mereka berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga, dalam tahun kelima belas zaman pemerintahan Asa.


Raja Ahasyweros mengenakan pembayaran ufti di seluruh kerajaannya dan daerah-daerah pesisir laut.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan