Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 8:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Kemudian, Ester berbicara lagi kepada raja sambil bersujud di kaki baginda. Dengan menangis dia memohon belas kasihan supaya baginda membatalkan niat jahat Haman, bani Agag itu dalam hal rancangannya untuk membinasakan orang Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Selepas itu Ester menghadap raja lagi sambil bersujud dan menangis. Dia memohon agar raja menghentikan komplot yang dirancang oleh Haman, keturunan Agag, terhadap orang Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Selepas itu Ester menghadap raja lagi sambil bersujud dan menangis. Dia memohon agar raja menghentikan komplot yang dirancang oleh Haman, keturunan Agag, terhadap orang Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 8:3
10 Iomraidhean Croise  

Sesampainya dia di hadapan hamba Allah itu di gunung, perempuan itu pun memeluk kakinya. Gehazi mendekat untuk mendorong dia, tetapi hamba Allah itu berkata, “Biarkanlah dia, hatinya getir! TUHAN menyembunyikan hal ini daripadaku dan tidak memberitahukannya kepadaku.”


Beberapa waktu sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, Raja Ahasyweros mengurniakan kebesaran kepada bani Agag iaitu Haman anak Hamedata. Dengan demikian, baginda meninggikannya serta menetapkan kedudukannya di atas semua pembesar baginda.


Kami ini, hamba abdi dan bangsa hamba abdi yang telah dijual untuk dimusnahkan, dibunuh, dan dihapuskan. Sekiranya kami hanya dijual sebagai hamba abdi lelaki dan perempuan, tentulah hamba akan berdiam diri, kerana masalah sedemikian tidak seharusnya dibawa untuk mengganggu raja.”


Raja mencabut cincin materainya yang telah diambil kembali daripada Haman, dan mengurniakannya kepada Mordekhai. Lalu Ester pun mengangkat Mordekhai sebagai penguasa atas harta pusaka Haman.


Apabila baginda menghulurkan cokmar emas kepada Ester, maka bangkit dan berdirilah Ester di hadapan baginda.


Kemudian Hizkia memalingkan mukanya ke dinding dan berdoa kepada TUHAN,


Dia bergelut dengan malaikat dan menang, lalu dia menangis dan memohon belas kasihan-Nya. Dia bertemu dengan Dia di Betel dan di sanalah Dia berfirman kepada kita —


Ketika Yesus hidup sebagai manusia, Dia telah berdoa dan merayu dengan ratap tangis kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan-Nya daripada kematian, dan Allah telah mendengar-Nya kerana kesalihan-Nya.


Dia bersujud di kaki Daud lalu berkata, “Hamba sajalah, ya tuanku, yang menanggung kesalahan itu. Perkenankanlah hambamu ini berbicara kepada tuan, dan sudilah kiranya tuan mendengar kata-kata hambamu ini.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan