Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 8:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Pada hari itu juga Raja Ahasyweros mengurniakan harta pusaka Haman, musuh orang Yahudi itu, kepada Ratu Ester. Lalu datanglah Mordekhai menghadap raja, kerana Ester telah memberitahu fasal pertalian Mordekhai dengannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada hari itu juga, Raja Ahasyweros memberi Permaisuri Ester semua harta Haman, musuh orang Yahudi. Ester memberitahu raja bahawa Mordekhai ialah sepupunya. Sejak itu Mordekhai diberikan hak untuk menghadap raja tanpa dipanggil lebih dahulu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada hari itu juga, Raja Ahasyweros memberi Permaisuri Ester semua harta Haman, musuh orang Yahudi. Ester memberitahu raja bahawa Mordekhai ialah sepupunya. Sejak itu Mordekhai diberikan hak untuk menghadap raja tanpa dipanggil lebih dahulu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 8:1
12 Iomraidhean Croise  

Antara pembesar yang terdekat dengan baginda ialah Karsena, Setar, Admata, Tarsis, Meres, Marsena, dan Memukan, iaitu tujuh orang pembesar Parsi dan Media yang boleh memandang wajah raja dan yang memiliki kedudukan utama dalam kerajaan.


Ketika tiba giliran Ester anak Abihail, iaitu bapa saudara Mordekhai yang mengambil Ester sebagai anak angkatnya untuk masuk menghadap raja, dia tidak meminta apa-apa selain yang dianjurkan oleh Hegai, sida raja yang bertugas menjaga para perempuan. Maka Ester menimbulkan rasa sayang di mata semua orang yang melihat dia.


Mordekhai bertindak sebagai penjaga yang membesarkan Hadasa, iaitu Ester, anak perempuan bapa saudaranya, memandangkan anak itu tidak lagi mempunyai ibu atau ayah. Gadis itu menarik lagi cantik paras rupanya. Setelah kematian ibu dan ayahnya, dia menjadi anak angkat Mordekhai.


Jawab Ester, “Penganiaya dan musuh itu ialah Haman yang jahat ini!” Lantas Haman menjadi tersangat takut di hadapan raja dan ratu.


Titah Raja Ahasyweros kepada Ratu Ester dan kepada Mordekhai, orang Yahudi itu, “Sesungguhnya, aku telah memberikan harta pusaka Haman kepada Ester, dan Haman sendiri telah digantung di tempat penggantungan atas sebab dia berniat memusnahkan orang Yahudi.


Sesungguhnya, setiap manusia melangkah seperti bayang-bayang: Sesungguhnya, dia sibuk dengan sia-sia; dia menimbun harta, dan tidak tahu siapa mendapatnya nanti.


Orang baik meninggalkan warisan bagi anak cucunya, tetapi kekayaan orang berdosa tersimpan bagi orang benar.


Orang yang menambah kekayaannya dengan wang faedah dan riba, mengumpulkannya bagi orang yang mengasihani orang miskin.


Tetapi Allah berfirman kepadanya, ‘Engkau bodoh! Pada malam ini juga, jiwamu akan dituntut kembali daripadamu. Lalu harta benda yang telah kaukumpulkan itu akan menjadi hak siapa?’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan