Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 7:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Dalam kemurkaannya, raja segera meninggalkan jamuan air anggur itu lalu pergi ke taman istana. Tetapi Haman terus berada di situ untuk meminta nyawanya daripada Ratu Ester, kerana sedarlah dia betapa raja telah memutuskan untuk menghukumnya dengan dahsyat sekali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Raja sangat murka, lalu berdiri dan meninggalkan meja; raja terus ke luar, ke taman istana. Haman sedar bahawa raja sudah bertekad untuk menghukum dia kerana perbuatannya. Oleh itu, Haman tetap tinggal di situ bersama dengan Permaisuri Ester untuk memohon supaya diselamatkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Raja sangat murka, lalu berdiri dan meninggalkan meja; raja terus ke luar, ke taman istana. Haman sedar bahawa raja sudah bertekad untuk menghukum dia kerana perbuatannya. Oleh itu, Haman tetap tinggal di situ bersama dengan Permaisuri Ester untuk memohon supaya diselamatkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 7:7
14 Iomraidhean Croise  

Akan tetapi, Ratu Wasti menolak untuk datang memenuhi perintah raja yang disampaikan oleh para sida itu lantas raja menjadi sangat murka dan begitu menyala-nyala kemurkaan baginda.


Setelah hari-hari itu berakhir, raja mengadakan jamuan selama tujuh hari di laman taman istana diraja untuk seluruh rakyat yang ada di puri Susan, daripada yang besar sampai kepada yang kecil.


Lalu Haman digantung pada tempat penggantungan daripada kayu yang disiapkannya untuk Mordekhai. Maka surutlah kemurkaan raja.


Orang zalim akan melihatnya dan berduka, akan menggertakkan gigi dan merana; kehendak orang zalim tidak akan tercapai.


Orang jahat tunduk kepada orang baik, dan orang durjana di pintu gerbang orang benar.


Raja berkenan kepada hamba yang bijaksana, tetapi dia murka terhadap orang yang membawa keaiban.


Murka raja bagaikan malaikat maut, tetapi orang yang bijaksana akan meredakannya.


Murka raja laksana ngauman seekor singa, tetapi kebaikannya ibarat embun di atas rumput.


Anak-anak daripada mereka yang dahulu menindas engkau akan datang menundukkan diri kepadamu. Semua orang yang dahulu menista engkau akan sujud memberi hormat di kakimu. Mereka akan menyebutmu ‘Kota TUHAN,’ ‘Sion milik Yang Maha Suci, Allah Israel.’


Maka meluap-luaplah murka Nebukadnezar sehingga air mukanya berubah terhadap Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Dia memerintah supaya menyalakan dapur api itu tujuh kali lebih panas daripada biasanya.


Aku akan membuat mereka daripada jemaah Iblis, para pendusta yang bukan Yahudi tetapi mengaku diri orang Yahudi datang kepadamu dan sujud pada kakimu. Sememangnya mereka akan tahu bahawa Aku mengasihimu.


Jika begini katanya, ‘Baiklah,’ bererti hambamu ini selamat. Tetapi jika teramat sangat amarahnya, ketahuilah bahawa dia memang berazam untuk mencederakan aku.


Kata Yonatan, “Jangan sekali-kali hal itu berlaku kepadamu! Jika aku tahu dengan pasti bahawa ayahku berniat mencederakanmu, masakan boleh aku tidak beritahukannya kepadamu?”


Sekarang, fikirkanlah dan pertimbangkanlah apa yang harus puan lakukan, kerana mereka telah merancang untuk mendatangkan kecederaan terhadap tuan kami dan terhadap seluruh keluarganya. Tuan memang seorang yang berkelakuan jahat yang tidak dapat dibawa berbincang.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan