Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 7:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Kami ini, hamba abdi dan bangsa hamba abdi yang telah dijual untuk dimusnahkan, dibunuh, dan dihapuskan. Sekiranya kami hanya dijual sebagai hamba abdi lelaki dan perempuan, tentulah hamba akan berdiam diri, kerana masalah sedemikian tidak seharusnya dibawa untuk mengganggu raja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 kerana hamba dan bangsa hamba sudah dijual untuk dibunuh. Jika hamba dan bangsa hamba hanya dijual untuk dijadikan abdi, hamba akan berdiam diri dan tidak mahu mengganggu tuanku. Tetapi kami akan dibinasakan dan dihapuskan dari muka bumi ini!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 kerana hamba dan bangsa hamba sudah dijual untuk dibunuh. Jika hamba dan bangsa hamba hanya dijual untuk dijadikan abdi, hamba akan berdiam diri dan tidak mahu mengganggu tuanku. Tetapi kami akan dibinasakan dan dihapuskan dari muka bumi ini!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 7:4
18 Iomraidhean Croise  

Tetapi kini, biarpun kami sedarah daging dengan para saudara kami, dan para anak kami sama dengan para anak mereka, namun kami terpaksa merelakan para anak lelaki dan anak perempuan kami untuk menjadi hamba, bahkan beberapa orang anak perempuan kami sudah diperhamba. Kami tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ladang dan kebun anggur kami sudah menjadi milik orang lain.”


Surat-surat itu dikirimkan ke seluruh wilayah kerajaan melalui para utusan pantas. Isinya ialah perintah untuk memusnahkan, membunuh, dan menghapuskan semua orang Yahudi sama sekali, daripada yang muda sampai yang tua, termasuk kanak-kanak dan kaum wanita, dalam satu hari, iaitu pada hari ketiga belas pada bulan kedua belas, bulan Adar, dan untuk merampas harta benda mereka.


Dengan perkenan tuanku, biarlah dikeluarkan surat perintah untuk membinasakan mereka. Hamba akan membayar sepuluh ribu talenta perak untuk dimasukkan ke dalam perbendaharaan Raja untuk dibayar kepada para pegawai yang menjalankan tugas yang berkenaan.”


Lalu Raja Ahasyweros bertanya kepada Ratu Ester, “Siapakah orang itu dan di manakah dia yang memandai-mandai berniat untuk berbuat demikian?”


Jawab Ester, “Penganiaya dan musuh itu ialah Haman yang jahat ini!” Lantas Haman menjadi tersangat takut di hadapan raja dan ratu.


Di dalam surat itu raja mengizinkan orang Yahudi yang ada di setiap kota untuk berkumpul dan mempertahankan diri masing-masing. Mereka boleh memusnahkan, membunuh, dan membinasakan mana-mana pasukan bangsa dan wilayah yang hendak menyerang mereka berserta kanak-kanak dan kaum perempuan mereka, dan boleh merampas harta milik kumpulan orang itu.


Bagaimanakah mungkin hamba dapat melihat malapetaka yang akan menimpa bangsa hamba? Bagaimanakah dapat hamba melihat pembinasaan sanak saudara hamba?”


Tetapi apabila perkara itu disampaikan kepada raja, maka melalui suratnya, baginda memerintahkan agar rancangan jahat yang digagaskan oleh Haman terhadap orang Yahudi itu dibalikkan atas dirinya sendiri, hinggakan dia serta anak-anaknya digantung di tempat penggantungan.


Di atas mereka ada tiga orang penyelia dan seorang daripada mereka ialah Daniel. Kepada tiga orang penyelia itulah para wakil raja bertanggungjawab supaya raja tidak mendapat sebarang kerugian.


Kamu telah menjual bani Yehuda dan warga Yerusalem kepada pihak Yunani untuk menjauhkan mereka dari daerah mereka.


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, malahan empat pelanggaran Israel, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Demi perak, mereka menjual orang yang salih dan orang melarat demi sepasang kasut.


Tetapi jika hamba itu berfikir dalam hatinya, ‘Tuan akan pulang lambat,’ lalu dia mula memukul hamba-hamba lelaki dan perempuan dan makan minum sehingga mabuk.


TUHAN akan membawa kamu kembali ke Mesir dengan kapal-kapal melalui jalan yang pernah kukatakan kepadamu, ‘Kamu tidak akan melihatnya lagi.’ Di sana kamu akan menjual diri kepada musuh-musuhmu untuk menjadi hamba lelaki dan hamba perempuan, tetapi tiada seorang pun akan membeli kamu.”


Sekarang, terkutuklah kamu! Orangmu tidak akan putus-putusnya menjadi hamba, pembelah kayu, dan penimba air bagi rumah Allahku.”


Tinggallah bersama-samaku. Jangan takut. Orang yang mengancam nyawamu ialah orang yang turut mengancam nyawaku. Bersama-samaku engkau akan selamat.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan