Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 7:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Jawab Ratu Ester, “Jika tuanku bermurah hati kepada hamba, ya Raja, dan jika Raja perkenankan, biarlah nyawa hamba dikurniakan kepada hamba atas permohonan hamba, begitu jugalah, hamba memohon nyawa bangsa hamba.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Permaisuri Ester menjawab, “Jika tuanku berkenan mengabulkan keinginan hamba, hamba mohon supaya hamba dan bangsa hamba boleh hidup,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Permaisuri Ester menjawab, “Jika tuanku berkenan mengabulkan keinginan hamba, hamba mohon supaya hamba dan bangsa hamba boleh hidup,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 7:3
9 Iomraidhean Croise  

Kata pegawai-pegawainya kepadanya, “Sesungguhnya, kami telah mendengar bahawa raja-raja keturunan kaum Israel itu memang raja yang berbelas kasihan. Izinkan kami mengenakan kain perkabungan pada pinggang kami dan tali pada kepala kami, lalu keluar mendapatkan Raja Israel. Mudah-mudahan dia akan menyelamatkan nyawamu.”


Sekali lagi raja mengutus pemimpin pasukan lima puluh yang ketiga dengan kesemua lima puluh orang anak buahnya. Pemimpin pasukan lima puluh yang ketiga itu naik lalu datang bertelut di hadapan Elia dan memohon belas kasihan daripadanya. Katanya kepada Elia, “Ya hamba Allah, biarlah kiranya nyawa hamba dan nyawa kesemua lima puluh orang hambamu ini berharga di mata tuan.


Dia juga memberi Hatah salinan titah yang dikeluarkan di Susan untuk memusnahkan mereka, supaya ditunjukkan kepada Ester. Hatah disuruh menyampaikan pesan kepada Ester supaya Ester pergi menghadap raja untuk memohon belas kasihan baginda dan mengajukan rayuan bagi bangsanya di hadapan baginda.


jika tuanku bermurah hati kepada hamba dan jika baik menurut tuanku untuk meluluskan permohonan hamba dan memenuhi permintaan hamba itu, sudilah kiranya tuanku datang lagi berserta Haman pada hari esok ke jamuan yang akan hamba adakan untuk tuanku dan Haman. Esok hamba akan menjawab pertanyaan tuanku.”


Dalam kemurkaannya, raja segera meninggalkan jamuan air anggur itu lalu pergi ke taman istana. Tetapi Haman terus berada di situ untuk meminta nyawanya daripada Ratu Ester, kerana sedarlah dia betapa raja telah memutuskan untuk menghukumnya dengan dahsyat sekali.


Dia berkata, “Jika baik menurut raja dan jika tuanku bermurah hati kepada hamba sehingga hal ini dipandang benar oleh raja dan hamba mendapat perkenan tuanku, maka biarlah tuanku mengeluarkan perintah untuk menarik balik surat-surat Haman anak Hamedata, bani Agag itu, yang ditulisnya dengan muslihat untuk membinasakan orang Yahudi di seluruh wilayah kerajaan.


Jawab Iblis kepada TUHAN, “Kulit ganti kulit! Orang akan memberikan segala miliknya ganti nyawanya.


maka katakanlah kepada mereka, ‘Aku menyampaikan permohonanku kepada raja, supaya aku tidak dikembalikannya ke rumah Yonatan untuk mati di sana.’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan