Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 7:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Berkatalah raja kepada Ester dalam jamuan air anggur pada hari kedua itu, “Apakah permohonanmu, wahai Ratu Ester? Pasti akan dikabulkan bagimu. Apakah permintaanmu? Meskipun sampai separuh daripada kerajaan ini pun akan dipenuhi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 untuk kali kedua. Sambil mereka minum wain, raja bertanya lagi, “Hai Permaisuri Ester, apakah keinginan adinda? Katakanlah, dan beta akan memberikannya kepada adinda, walaupun setengah daripada kerajaan beta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 untuk kali kedua. Sambil mereka minum wain, raja bertanya lagi, “Hai Permaisuri Ester, apakah keinginan adinda? Katakanlah, dan beta akan memberikannya kepada adinda, walaupun setengah daripada kerajaan beta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 7:2
7 Iomraidhean Croise  

Raja bertitah kepadanya, “Apakah kemahuanmu, Ratu Ester? Apa-apa pun permintaanmu, sekalipun kamu mahu sampai separuh daripada kerajaan pun akan diberikan kepadamu.”


Ketika baginda minum air anggur, raja berkata kepada Ester, “Apakah permohonanmu? Pasti akan dikabulkan untukmu. Apakah permintaanmu? Meskipun sampai separuh daripada kerajaan ini pun akan dipenuhi.”


Maka datanglah raja dan Haman untuk menikmati jamuan bersama-sama Ratu Ester.


Kata raja kepada Ratu Ester, “Di dalam puri Susan sahaja orang Yahudi telah membunuh dan membinasakan lima ratus orang berserta kesepuluh-sepuluh anak Haman. Entah apa pula yang dilakukan mereka di wilayah-wilayah kerajaan yang selebihnya. Sekarang, apakah permohonanmu? Pasti akan dikabulkan bagimu. Apakah lagi permintaanmu? Pasti akan dipenuhi.”


Dia menyambung dengan sumpah, “Apa sahaja yang kamu minta akan kuberikan kepadamu, walau separuh kerajaanku sekalipun.”


Hingga saat ini belum pernah kamu minta sesuatu dalam nama-Ku. Mintalah, kamu akan menerimanya dan sempurnalah kegembiraanmu.”


Ketua pasukan tentera memegang tangan pemuda itu dan membawanya ke tempat yang sunyi lalu bertanya, “Apa hal yang hendak kaukatakan kepadaku itu?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan