4 Raja bertanya pula, “Siapakah yang berada di laman dalam itu?” Pada waktu itu Haman baru masuk ke laman luar istana raja untuk mengusulkan kepada raja supaya Mordekhai digantung pada tempat penggantungan yang telah disediakan untuknya.
4 Kemudian raja bertanya, “Siapakah di kalangan pegawai beta yang berada di istana sekarang ini?” Kebetulan Haman baru sahaja masuk ke halaman istana. Dia datang untuk minta izin kepada raja untuk menggantung Mordekhai pada tiang penggantungan yang sudah didirikan.
4 Kemudian raja bertanya, “Siapakah di kalangan pegawai beta yang berada di istana sekarang ini?” Kebetulan Haman baru sahaja masuk ke halaman istana. Dia datang untuk minta izin kepada raja untuk menggantung Mordekhai pada tiang penggantungan yang sudah didirikan.
“Semua pegawai raja dan rakyat di wilayah-wilayah kerajaan tahu bahawa hukuman mati ialah satu-satunya peraturan bagi setiap laki-laki atau perempuan yang masuk menghadap raja di laman dalam, tanpa dipanggil. Hanya jika raja menghulurkan cokmar emas kepadanya, barulah dia dapat tetap hidup. Tetapi sudah selama tiga puluh hari, aku belum juga dipanggil masuk menghadap raja.”
Maka pada hari ketiga, Ester mengenakan pakaian diraja lalu berdiri di laman dalam istana raja, tepat di hadapan istana raja. Raja sedang bersemayam di atas takhta kerajaan, di dalam istana, berhadapan dengan pintu gerbang istana.
Lalu Zeres, isterinya, dan semua sahabatnya berkata kepadanya, “Suruhlah orang membuat tempat penggantungan bertiang kayu setinggi lima puluh hasta dan esok pagi berbicaralah kepada raja supaya Mordekhai digantung pada tiang itu. Kemudian barulah engkau dapat pergi dengan gembira bersama-sama raja ke jamuan itu.” Usul itu dipandang baik oleh Haman, lalu disuruhnya orang membuat tempat penggantungan itu.
Lalu bertanyalah raja, “Apakah kehormatan dan kebesaran yang dikurniakan kepada Mordekhai atas jasanya itu?” Jawab orang suruhan yang melayani baginda, “Apa-apa pun tidak dikurniakan kepadanya.”
Harbona, salah seorang sida yang melayani raja, berkata, “Di rumah Haman sudah ada tempat penggantungan daripada kayu setinggi lima puluh hasta. Haman membuatnya untuk Mordekhai, orang yang menyelamatkan raja dengan pelaporannya itu.” Kata raja, “Gantung dia pada tempat penggantungan itu.”
Usahakan dengan segala daya upaya apa-apa sahaja yang dikerjakan tanganmu kerana di alam kubur yang kamu tuju kelak tidak ada pekerjaan, perancangan, pengetahuan dan hikmah.