Ester 5:9 - Alkitab Versi Borneo9 Pada hari itu Haman keluar dengan gembira dan riang hati. Akan tetapi, apabila Haman melihat Mordekhai yang ada di pintu gerbang istana raja tidak bangkit berdiri dan tidak bergerak untuk memberi hormat kepadanya, meluap-luaplah amarahnya terhadap Mordekhai. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)9 Ketika Haman pulang dari jamuan itu, hatinya riang gembira. Tetapi apabila Haman nampak Mordekhai di pintu gerbang istana, dan Mordekhai tidak berdiri atau menunjukkan tanda penghormatan semasa dia lalu, Haman naik berang. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik9 Ketika Haman pulang dari jamuan itu, hatinya riang gembira. Tetapi apabila Haman nampak Mordekhai di pintu gerbang istana, dan Mordekhai tidak berdiri atau menunjukkan tanda penghormatan semasa dia lalu, Haman naik berang. Faic an caibideil |
Jawabnya kepada isterinya, “Tadi aku berbicara dengan Nabot, orang Yizreel itu, dan berkata kepadanya, ‘Juallah kebun anggurmu kepadaku, atau jika engkau lebih suka, aku akan memberimu kebun anggur lain sebagai gantinya.’ Tetapi jawabnya, ‘Hamba tidak boleh memberikan kepada tuanku kebun anggur hamba itu.’ ”
Setelah Raja Herodes sedar dirinya ditipu oleh ahli-ahli ilmu bintang dari Timur itu, dia pun marah lalu mengeluarkan perintah untuk membunuh semua anak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah di Betlehem dan kawasan yang berdekatan. Usia itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli ilmu bintang tentang masa bintang itu mula-mula muncul.