Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 5:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Jawab Ester, “Jika tuanku perkenankan, sudilah kiranya tuanku dan Haman datang pada hari ini ke jamuan yang hamba adakan untuk tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Ester menjawab, “Jika tuanku berkenan, hamba ingin menjemput tuanku dan Haman ke jamuan makan yang hamba adakan untuk tuanku pada malam ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Ester menjawab, “Jika tuanku berkenan, hamba ingin menjemput tuanku dan Haman ke jamuan makan yang hamba adakan untuk tuanku pada malam ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 5:4
10 Iomraidhean Croise  

Kemudian kata Ishak, “Dekatkanlah hasil buruanmu itu kepadaku. Aku akan memakannya supaya kumohonkan berkat bagimu.” Yakub mendekatkan masakan itu kepada ayahnya, lalu Ishak memakannya. Yakub juga membawakan air anggur untuknya, lalu Ishak pun meminumnya.


Katakanlah juga, ‘Sesungguhnya, hambamu Yakub ada di belakang kami.’ ” Kerana fikir Yakub, “Aku hendak menenangkan hatinya dengan persembahan yang dihantar lebih dahulu ini. Setelah itu, barulah aku akan melihat wajahnya. Barangkali dia mahu menerima aku.”


Sementara itu Ratu Wasti juga mengadakan jamuan bagi kaum perempuan di istana diraja Raja Ahasyweros.


Lalu bersegeralah para utusan pantas pergi demi melaksanakan perintah raja. Titah itu dikeluarkan di puri Susan. Maka, sementara raja dan Haman duduk minum-minum, gemparlah seluruh kota Susan.


Raja bertitah kepadanya, “Apakah kemahuanmu, Ratu Ester? Apa-apa pun permintaanmu, sekalipun kamu mahu sampai separuh daripada kerajaan pun akan diberikan kepadamu.”


Maka raja memberikan perintah, “Suruhlah Haman bergegas ke mari supaya kami dapat memenuhi permintaan Ester.” Maka datanglah raja dan Haman ke jamuan yang diadakan oleh Ester.


jika tuanku bermurah hati kepada hamba dan jika baik menurut tuanku untuk meluluskan permohonan hamba dan memenuhi permintaan hamba itu, sudilah kiranya tuanku datang lagi berserta Haman pada hari esok ke jamuan yang akan hamba adakan untuk tuanku dan Haman. Esok hamba akan menjawab pertanyaan tuanku.”


Orang yang baik sentiasa pemurah dan rela meminjamkan, dia mengendalikan urusannya dengan adil.


Orang bodoh melampiaskan segala kemarahannya, tetapi orang bijaksana menahan diri.


Saudara-saudaraku! Janganlah kamu menjadi kanak-kanak dalam akal fikiranmu. Berhubungan hal kejahatan, memang kamu harus menjadi kanak-kanak, tetapi akal fikiranmu hendaklah matang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan