Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 5:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Apabila raja terlihat bahawa Ratu Ester berdiri di laman dalam, baginda perkenankannya lalu menghulurkan cokmar emas di tangannya kepada Ester. Ester pun mendekati lalu menyentuh hujung cokmar itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Apabila raja nampak Permaisuri Ester berdiri di luar, raja berasa sayang kepadanya, lalu menghulurkan tongkat emas kepadanya. Oleh itu Ester maju lalu menyentuh hujung tongkat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Apabila raja nampak Permaisuri Ester berdiri di luar, raja berasa sayang kepadanya, lalu menghulurkan tongkat emas kepadanya. Oleh itu Ester maju lalu menyentuh hujung tongkat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 5:2
9 Iomraidhean Croise  

Kata lelaki itu, “Kini namamu bukan lagi Yakub tetapi Israel, kerana kamu sudah berjaya bergelut dengan Allah dan dengan manusia.”


Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” Pada waktu itu aku menjadi jururasa santapan raja.


Gadis itu menyenangi Hegai dan memenangi hatinya. Hegai segera menyediakan segala alat persolekan dan peruntukan makanannya. Dia turut memberinya tujuh orang dayang pilihan dari istana raja dan memindahkan gadis itu bersama-sama dayang-dayangnya ke tempat yang terbaik di balai perempuan.


“Semua pegawai raja dan rakyat di wilayah-wilayah kerajaan tahu bahawa hukuman mati ialah satu-satunya peraturan bagi setiap laki-laki atau perempuan yang masuk menghadap raja di laman dalam, tanpa dipanggil. Hanya jika raja menghulurkan cokmar emas kepadanya, barulah dia dapat tetap hidup. Tetapi sudah selama tiga puluh hari, aku belum juga dipanggil masuk menghadap raja.”


Apabila baginda menghulurkan cokmar emas kepada Ester, maka bangkit dan berdirilah Ester di hadapan baginda.


Aku kasih akan TUHAN, kerana Dia telah mendengar suaraku; dan permohonanku.


Hati raja seumpama anak sungai di dalam tangan TUHAN, dialirkan-Nya ke mana sahaja Dia kehendaki.


Dia merenung dengan ketakutan sambil bertanya, “Ya Tuan, ada apa Tuan?” Malaikat itu berkata, “Segala doa dan sedekahmu telah diredai Allah.


dan menyelamatkannya daripada segala kesusahannya. Apabila Yusuf menghadap Firaun raja Mesir, Allah mengurniainya budi dan kebijaksanaan, sehingga raja Mesir melantiknya menjadi pemerintah yang berkuasa atas seluruh negeri itu dan istananya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan