Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 4:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Maka Hatah pergi menemui Mordekhai di lapangan kota yang terletak di depan pintu gerbang istana raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Hatah pergi kepada Mordekhai di lapangan kota, di hadapan pintu gerbang istana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Hatah pergi kepada Mordekhai di lapangan kota, di hadapan pintu gerbang istana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 4:6
5 Iomraidhean Croise  

Begitu jugalah keadaan di setiap wilayah, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu dihebahkan, maka orang Yahudi berkabung serta berpuasa, dan meratap tangis. Ramai orang yang menghamparkan kain kabung dengan abu sebagai alas tidur.


Lalu Ester memanggil Hatah, salah seorang sida raja yang dikhaskan raja untuk melayaninya. Disuruhnya Hatah menemui Mordekhai untuk mengetahui apa yang sedang terjadi dan apa yang menyebabkannya.


Disampaikanlah oleh Mordekhai kepada Hatah segala sesuatu yang dialaminya dan berapa banyak wang yang dijanjikan Haman untuk dibayar kepada perbendaharaan raja sebagai harga pembinasaan orang Yahudi.


Berkatalah raja kepada Ester dalam jamuan air anggur pada hari kedua itu, “Apakah permohonanmu, wahai Ratu Ester? Pasti akan dikabulkan bagimu. Apakah permintaanmu? Meskipun sampai separuh daripada kerajaan ini pun akan dipenuhi.”


Kata raja kepada Ratu Ester, “Di dalam puri Susan sahaja orang Yahudi telah membunuh dan membinasakan lima ratus orang berserta kesepuluh-sepuluh anak Haman. Entah apa pula yang dilakukan mereka di wilayah-wilayah kerajaan yang selebihnya. Sekarang, apakah permohonanmu? Pasti akan dikabulkan bagimu. Apakah lagi permintaanmu? Pasti akan dipenuhi.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan