Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 4:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Lalu Ester memanggil Hatah, salah seorang sida raja yang dikhaskan raja untuk melayaninya. Disuruhnya Hatah menemui Mordekhai untuk mengetahui apa yang sedang terjadi dan apa yang menyebabkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Kemudian Ester memanggil Hatah, salah seorang sida-sida di istana yang ditugaskan raja untuk melayani Ester. Ester menyuruh Hatah bertanya kepada Mordekhai apa yang sedang berlaku dan mengapa dia bertindak begitu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Kemudian Ester memanggil Hatah, salah seorang sida-sida di istana yang ditugaskan raja untuk melayani Ester. Ester menyuruh Hatah bertanya kepada Mordekhai apa yang sedang berlaku dan mengapa dia bertindak begitu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 4:5
10 Iomraidhean Croise  

Pada hari ketujuh, ketika baginda riang dibuai oleh kesan air anggur, baginda memerintahkan Mehuman, Bizta, Harbona, Bigta, Abagta, Zetar, dan Karkas, iaitu ketujuh-tujuh orang sida yang melayani Raja Ahasyweros secara peribadi,


Akan tetapi, Ratu Wasti menolak untuk datang memenuhi perintah raja yang disampaikan oleh para sida itu lantas raja menjadi sangat murka dan begitu menyala-nyala kemurkaan baginda.


Lalu Ester menyuruh Hatah menyampaikan pesan kepada Mordekhai,


Ketika para dayang dan sida Ester datang memaklumkan hal itu kepadanya, sang ratu teramat susah hati. Lalu dikirimkannya pakaian kepada Mordekhai supaya dia menggantikan pakaian perkabungan di tubuhnya, tetapi Mordekhai enggan menerimanya.


Maka Hatah pergi menemui Mordekhai di lapangan kota yang terletak di depan pintu gerbang istana raja.


Maka pergilah Hatah untuk menyampaikan kata-kata Mordekhai kepada Ester.


Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis.


Jika satu anggota menderita, semuanya turut menderita; sebaliknya jika satu diberi penghormatan, semua turut bersukacita.


Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain.


Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan