Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 4:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Begitu jugalah keadaan di setiap wilayah, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu dihebahkan, maka orang Yahudi berkabung serta berpuasa, dan meratap tangis. Ramai orang yang menghamparkan kain kabung dengan abu sebagai alas tidur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Di setiap wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi meratap dengan pilu. Mereka berpuasa, menangis, dan meraung; dan banyak di kalangan mereka yang memakai kain guni dan berbaring di atas abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Di setiap wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi meratap dengan pilu. Mereka berpuasa, menangis, dan meraung; dan banyak di kalangan mereka yang memakai kain guni dan berbaring di atas abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 4:3
20 Iomraidhean Croise  

Peristiwa ini berlaku pada zaman Ahasyweros yang memerintah seratus dua puluh tujuh buah wilayah, dari India hingga Ethiopia.


Maka para jurutulis diraja dipanggil pada hari ketiga belas pada bulan pertama. Sesuai seperti segala yang diperintahkan Haman, mereka pun menulis surat kepada wakil raja, kepada pembesar yang mengetuai setiap wilayah, dan kepada bangsawan setiap bangsa, setiap wilayah menurut tulisannya dan setiap bangsa menurut bahasanya. Surat itu ditulis atas nama Raja Ahasyweros dan dimaterai dengan cincin materai raja.


“Pergilah, kumpulkan semua orang Yahudi yang ada di Susan dan berpuasalah untuk aku. Jangan makan dan jangan minum selama tiga hari, baik malam mahupun siang. Aku dan para dayangku pun akan berpuasa secara demikian, kemudian aku akan masuk menghadap raja, sekalipun bertentangan dengan undang-undang. Jika kerana itu aku harus binasa, biarlah aku binasa.”


Namun begitu, dia sekadar sampai ke hadapan pintu gerbang istana raja, kerana tiada sesiapa yang boleh memasuki pintu gerbang istana raja dengan memakai pakaian perkabungan.


Ketika para dayang dan sida Ester datang memaklumkan hal itu kepadanya, sang ratu teramat susah hati. Lalu dikirimkannya pakaian kepada Mordekhai supaya dia menggantikan pakaian perkabungan di tubuhnya, tetapi Mordekhai enggan menerimanya.


Isinya menetapkan hari-hari Purim itu pada waktu yang ditentukan, sebagaimana yang telah ditetapkan bagi mereka oleh Mordekhai, orang Yahudi itu, juga oleh Ratu Ester, dan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri bagi diri mereka sendiri serta bagi keturunan mereka dalam hal berpuasa dan meratap.


Ayub mengambil sekeping pecahan tembikar untuk mengikis-ngikis badannya sambil duduk di tengah-tengah abu.


Pada waktu itu Tuhan, ALLAH alam semesta, menyuruh orang menangis, meratap, menggondolkan kepala, dan memakai kain kabung.


Oleh sebab itu aku berkata, “Berpalinglah daripada melihatku, aku hendak menangis dalam kegetiran. Jangan berusaha untuk menghiburkan aku dalam hal kebinasaan puteri bangsaku.”


Beginikah puasa yang Kukehendaki, suatu hari bagi seseorang untuk merendahkan diri, menundukkan kepalanya seperti gelagah, dan menghamparkan kain kabung dan abu sebagai alas tidurnya? Inikah yang kausebut puasa, suatu hari yang TUHAN berkenan?


Mereka menyaringkan suara kerana engkau dan menjerit-jerit dengan getir. Mereka menghamburkan debu ke atas kepala dan berguling-guling dalam debu.


Lalu aku menumpukan hati kepada Tuhan Allah dengan berikhtiar dalam doa dan permohonan sambil berpuasa serta mengenakan kain perkabungan dan abu.


Khabar itu pun sampai kepada raja Niniwe yang terus bangkit dari takhtanya lantas menanggalkan jubahnya serta menyelubungi dirinya dengan pakaian berkabung, lalu duduk dalam abu.


Mereka akan dihumbankan ke dalam relau yang berapi-api, tempat ratapan dan kertakan gigi.


Raja itu pun berkata kepada hamba-hambanya, ‘Ikat kaki dan tangan orang ini, buangkan dia ke dalam kegelapan di luar. Di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.’ ”


Buangkan hamba yang tidak berguna ini ke dalam kegelapan di luar. Di sana akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.’ ”


Yosua mengoyakkan pakaiannya dan sujud di hadapan tabut TUHAN sampai petang bersama dengan para tua-tua Israel. Mereka menghamburkan debu ke atas kepala mereka.


Ketika para utusan sampai di Gibea, kota Saul, mereka menyampaikan hal itu kepada bangsa itu, dan menangislah seluruh umat itu dengan suara yang nyaring.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan