Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 4:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Apabila Mordekhai mengetahui segala yang berlaku itu, dia mengoyakkan pakaiannya lalu memakai pakaian perkabungan dan abu. Keluarlah dia ke tengah-tengah kota sambil berteriak-teriak dengan nyaring dan pedih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 4:1
27 Iomraidhean Croise  

Apabila Esau mendengar kata-kata ayahnya itu, dia menjerit dengan nyaring dan penuh kepiluan. Katanya kepada ayahnya, “Mohonkanlah berkat bagiku juga, ayah!”


Lalu Yakub mengoyakkan pakaiannya dan mengenakan pakaian berkabung lalu diratapinya anaknya itu berhari-hari lamanya.


Kemudian Daud dan semua orang yang ada bersamanya mengoyakkan pakaian masing-masing.


Tamar menaruh abu di kepalanya dan mengoyak-ngoyakkan baju panjang berlengan yang dipakainya itu. Dia meletakkan tangan di atas kepalanya, lalu berjalan sambil menjerit-jerit.


Namun begitu, dia sekadar sampai ke hadapan pintu gerbang istana raja, kerana tiada sesiapa yang boleh memasuki pintu gerbang istana raja dengan memakai pakaian perkabungan.


Begitu jugalah keadaan di setiap wilayah, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu dihebahkan, maka orang Yahudi berkabung serta berpuasa, dan meratap tangis. Ramai orang yang menghamparkan kain kabung dengan abu sebagai alas tidur.


Maka berdirilah Ayub. Dia segera mengoyakkan jubahnya, dan mencukur rambut kepalanya lalu bersujud di tanah dan menyembah,


Ayub mengambil sekeping pecahan tembikar untuk mengikis-ngikis badannya sambil duduk di tengah-tengah abu.


Oleh sebab itu aku memandang hina diriku, dan duduk menyesal dalam debu dan abu.”


Hesbon dan Eleale menjerit, suara mereka terdengar sampai ke Yahas. Oleh sebab itu orang Moab yang bersenjata berteriak-teriak, hati mereka ketakutan.


Oleh sebab itu aku berkata, “Berpalinglah daripada melihatku, aku hendak menangis dalam kegetiran. Jangan berusaha untuk menghiburkan aku dalam hal kebinasaan puteri bangsaku.”


Setelah Raja Hizkia mendengar hal itu, dia pun mengoyakkan pakaiannya, mengenakan kain kabung, lalu masuk ke Bait TUHAN.


Kemudian dia mengutus Elyakim, ketua istana, Sebna, jurutulis negara, dan para tua-tua antara imam untuk menemui Nabi Yesaya anak Amos dengan mengenakan kain kabung.


Beginikah puasa yang Kukehendaki, suatu hari bagi seseorang untuk merendahkan diri, menundukkan kepalanya seperti gelagah, dan menghamparkan kain kabung dan abu sebagai alas tidurnya? Inikah yang kausebut puasa, suatu hari yang TUHAN berkenan?


Pedang itu ditentukan untuk digilap, untuk digenggam dalam tangan. Pedang itu diasah dan digilap untuk diserahkan ke dalam tangan si pembunuh.


Engkau, wahai anak manusia, mengeranglah! Mengeranglah di hadapan mata mereka seperti orang yang patah tulang pinggangnya dan yang sedang berada dalam penderitaan yang perit.


Lalu aku menumpukan hati kepada Tuhan Allah dengan berikhtiar dalam doa dan permohonan sambil berpuasa serta mengenakan kain perkabungan dan abu.


Itulah sebabnya aku akan meratap dan meraung-raung, aku akan berjalan tanpa kasut dan bertelanjang. Aku akan memperdengarkan ratapan seperti serigala dan perkabungan seperti burung unta,


“Hari TUHAN yang besar itu sudah dekat, amat dekat dan sedang datang dengan sebegitu cepat. Dengar, hari TUHAN itu pahit, kesateria pun akan memekik-mekik di dalamnya.


“Malangnya kamu, hai Korazin! Malangnya kamu, hai Betsaida! Sekiranya mukjizat-mukjizat yang dilakukan dalam kalanganmu dilakukan di Tirus dan Sidon, tentu sudah lama orang di situ bertaubat, dengan memakai baju kabung dan membubuh abu di kepala.


Apabila Barnabas dan Paulus mendengar apa yang hendak dilakukan oleh orang di situ, mereka mengoyak-ngoyakkan pakaian dan berlari ke tengah-tengah orang ramai sambil berseru,


Yosua mengoyakkan pakaiannya dan sujud di hadapan tabut TUHAN sampai petang bersama dengan para tua-tua Israel. Mereka menghamburkan debu ke atas kepala mereka.


Aku akan memberikan kuasa kepada dua orang saksi-Ku dan mereka akan bernubuat selama seribu dua ratus enam puluh hari dengan memakai kain kabung.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan