Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 3:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Kesemua pegawai raja yang berada di pintu gerbang istana berlutut dan memberi hormat kepada Haman sebagaimana yang diperintahkan raja mengenai Haman. Akan tetapi, Mordekhai enggan berlutut dan memberi hormat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Raja memerintah supaya semua pegawai yang berkhidmat kepada raja menghormati Haman dengan bersujud kepadanya. Semua orang patuh kepada perintah itu kecuali Mordekhai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Raja memerintah supaya semua pegawai yang berkhidmat kepada raja menghormati Haman dengan bersujud kepadanya. Semua orang patuh kepada perintah itu kecuali Mordekhai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 3:2
15 Iomraidhean Croise  

Dia memerintahkan orang untuk menaikkan Yusuf atas ratanya yang kedua, dan di hadapan Yusuf orang berseru, “Berlutut!” Demikianlah Yusuf diberi kuasa pentadbiran atas seluruh Tanah Mesir.


Pada masa pengumpulan anak dara yang kali keduanya, Mordekhai duduk di pintu gerbang istana raja.


Pada masa itu, ketika Mordekhai duduk di pintu gerbang istana raja, dua orang sida raja, iaitu Bigtan dan Teres, yang menjaga pintu masuk kediaman diraja, berkomplot untuk membunuh Raja Ahasyweros kerana sakit hati.


Pada waktu itu di puri Susan ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair anak Simei anak Kish, seorang Benyamin


Beberapa waktu sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, Raja Ahasyweros mengurniakan kebesaran kepada bani Agag iaitu Haman anak Hamedata. Dengan demikian, baginda meninggikannya serta menetapkan kedudukannya di atas semua pembesar baginda.


Lalu para pegawai raja yang ada di pintu gerbang istana pun berkata kepada Mordekhai, “Mengapakah kamu melanggar perintah raja?”


Begitu meluap-luap amarah Haman apabila dilihatnya betapa Mordekhai tidak berlutut dan memberi hormat kepadanya.


Pada hari itu Haman keluar dengan gembira dan riang hati. Akan tetapi, apabila Haman melihat Mordekhai yang ada di pintu gerbang istana raja tidak bangkit berdiri dan tidak bergerak untuk memberi hormat kepadanya, meluap-luaplah amarahnya terhadap Mordekhai.


orang yang membenci mereka yang berkelakuan keji dan menghormati mereka yang takut akan TUHAN, orang yang tidak berganjak daripada sumpahnya meski memudaratkan dirinya,


TUHAN berfirman kepada Musa, “Tulislah hal ini dalam kitab sebagai peringatan, dan sampaikan kepada Yosua bahawa Aku akan menghapuskan segala kenangan tentang orang Amalek dari bawah kolong langit.”


kerana katanya, “Tangan terangkat ke arah takhta TUHAN, dan TUHAN berperang melawan Amalek turun-temurun.”


Daniel memohon kepada raja sehingga Sadrakh, Mesakh, dan Abednego dilantik menjadi pemerintah bagi pentadbiran di Wilayah Babel, sementara Daniel sendiri tinggal di istana raja.


Jadi, apabila TUHAN, Allahmu, telah mengurniakan keamanan kepadamu daripada semua musuh di sekelilingmu di negeri yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu sebagai harta pusaka untuk diduduki. Oleh itu, hendaklah kamu hapuskan ingatan kepada orang Amalek daripada kolong langit. Jangan lupa!


supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi,


Sekarang pergilah, seranglah orang Amalek. Tumpaskanlah segala sesuatu yang ada pada mereka. Jangan sayangi mereka, tetapi musnahkanlah lelaki dan perempuan, anak-anak dan bayi-bayi yang menyusu, lembu dan domba, unta dan keldai.’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan