Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 2:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Gadis itu menyenangi Hegai dan memenangi hatinya. Hegai segera menyediakan segala alat persolekan dan peruntukan makanannya. Dia turut memberinya tujuh orang dayang pilihan dari istana raja dan memindahkan gadis itu bersama-sama dayang-dayangnya ke tempat yang terbaik di balai perempuan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Hegai kagum melihat Ester dan suka kepadanya. Dengan segera Hegai memberi Ester perawatan kecantikan serta makanan yang khas. Dia memberi Ester bilik yang terbaik di dalam istana wanita itu. Hegai juga menyuruh tujuh orang gadis yang dipilih khas dari istana raja untuk melayani Ester.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Hegai kagum melihat Ester dan suka kepadanya. Dengan segera Hegai memberi Ester perawatan kecantikan serta makanan yang khas. Dia memberi Ester bilik yang terbaik di dalam istana wanita itu. Hegai juga menyuruh tujuh orang gadis yang dipilih khas dari istana raja untuk melayani Ester.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 2:9
12 Iomraidhean Croise  

Akan tetapi, TUHAN menyertai Yusuf dan menunjukkan kasih-Nya kepadanya lalu Dia membuat kepala penjara itu berkenan kepada Yusuf.


Maka dia berkenan kepada Yusuf dan menjadikan Yusuf khadam peribadi yang melayaninya. Dia menugaskan Yusuf untuk menjadi pengawas di dalam rumahnya. Segala harta bendanya diserahkannya kepada kuasa tadbir Yusuf.


Ampunilah umat-Mu, yang telah berdosa terhadap Engkau, dan segala pelanggaran yang dilakukan mereka terhadap Engkau. Biarlah sesiapa yang menawan mereka berbelas kasihan terhadap mereka,


Ezra berangkat pulang dari Babel. Dia seorang ahli Kitab Suci, mahir dalam Kitab Suci Taurat yang diberikan TUHAN, Allah Israel, melalui Musa. Segala permintaannya diluluskan oleh raja kerana tangan TUHAN, Allahnya, menaunginya.


juga sepucuk surat untuk Asaf, pengawas hutan raja, supaya dia memberi hamba kayu untuk membuat segala galang bagi pintu-pintu gerbang puri Bait Suci, bagi tembok kota, dan bagi rumah yang akan hamba diami.” Raja mengabulkan permintaanku kerana tangan Allahku yang baik menaungi aku.


Setelah dirawat dua belas bulan lamanya, selaras dengan peraturan bagi para perempuan, iaitu tempoh perawatan yang harus dilalui: enam bulan dengan minyak damar wangi dan enam bulan dengan pelbagai salap serta wangi-wangian, maka setiap gadis mendapat giliran untuk masuk menghadap Raja Ahasyweros.


Eloklah Raja melantik para petugas di seluruh wilayah kerajaannya untuk mengumpulkan anak dara yang menarik paras rupa mereka di dalam puri Susan di balai perempuan, di bawah pengawasan Hegai, sida Raja yang bertugas menjaga para perempuan; dan mereka hendaklah diberi segala alat solekan yang dikehendaki mereka.


Apabila raja terlihat bahawa Ratu Ester berdiri di laman dalam, baginda perkenankannya lalu menghulurkan cokmar emas di tangannya kepada Ester. Ester pun mendekati lalu menyentuh hujung cokmar itu.


Dia juga menyebabkan mereka dikasihani oleh semua yang membawa mereka pergi sebagai orang tawanan.


Jika TUHAN berkenan kepada jalan seseorang, Dia membuat musuh orang itu pun berdamai dengannya.


Allah membuat Daniel mendapat belas kasih dan sayang daripada ketua pegawai istana itu.


dan menyelamatkannya daripada segala kesusahannya. Apabila Yusuf menghadap Firaun raja Mesir, Allah mengurniainya budi dan kebijaksanaan, sehingga raja Mesir melantiknya menjadi pemerintah yang berkuasa atas seluruh negeri itu dan istananya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan