Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 2:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Mordekhai bertindak sebagai penjaga yang membesarkan Hadasa, iaitu Ester, anak perempuan bapa saudaranya, memandangkan anak itu tidak lagi mempunyai ibu atau ayah. Gadis itu menarik lagi cantik paras rupanya. Setelah kematian ibu dan ayahnya, dia menjadi anak angkat Mordekhai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Mordekhai mempunyai sepupu yang bernama Ester. Nama Ibraninya ialah Hadasa. Ester seorang gadis yang berwajah cantik dan bertubuh molek. Ibu bapa Ester sudah meninggal, lalu dia menjadi anak angkat Mordekhai. Dia diasuh sebagai anak Mordekhai sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Mordekhai mempunyai sepupu yang bernama Ester. Nama Ibraninya ialah Hadasa. Ester seorang gadis yang berwajah cantik dan bertubuh molek. Ibu bapa Ester sudah meninggal, lalu dia menjadi anak angkat Mordekhai. Dia diasuh sebagai anak Mordekhai sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 2:7
12 Iomraidhean Croise  

Maka sekarang, kedua-dua anakmu yang dilahirkan di Tanah Mesir sebelum aku datang kepadamu di Mesir, menjadi milikku. Sebagaimana Ruben dan Simeon ialah milikku, Efraim dan Manasye juga akan menjadi milikku.


supaya membawa Ratu Wasti menghadap raja dengan memakai mahkota diraja. Baginda mahu memperlihatkan kecantikan sang ratu kepada rakyat dan para pembesar, kerana wajah sang ratu sememangnya sangat cantik.


Ketika tiba giliran Ester anak Abihail, iaitu bapa saudara Mordekhai yang mengambil Ester sebagai anak angkatnya untuk masuk menghadap raja, dia tidak meminta apa-apa selain yang dianjurkan oleh Hegai, sida raja yang bertugas menjaga para perempuan. Maka Ester menimbulkan rasa sayang di mata semua orang yang melihat dia.


Seperti yang dipesankan Mordekhai kepadanya, Ester belum lagi memberitahu fasal asal usulnya dan suku bangsanya. Ester memang tetap patuh terhadap pesanan Mordekhai sebagaimana ketika dia masih diasuh dan dididik bapa angkatnya.


Pada hari itu juga Raja Ahasyweros mengurniakan harta pusaka Haman, musuh orang Yahudi itu, kepada Ratu Ester. Lalu datanglah Mordekhai menghadap raja, kerana Ester telah memberitahu fasal pertalian Mordekhai dengannya.


jika aku memakan makananku sendirian dan anak yatim tidak turut memakannya —


malah sejak masa mudaku aku membesarkan dia seperti seorang ayah, sejak dalam kandungan ibuku aku membimbing balu itu;


“Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu, anak-anak-Ku lelaki perempuan, demikianlah firman Tuhan Yang Maha Kuasa.”


Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan.


Ketahuilah betapa kasihnya Bapa kepada kita sehingga kita disebut anak-anak Allah! Dan sememanglah begitu! Sebabnya dunia ini tidak mengenal kita ialah kerana dunia ini tidak mengenal Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan