Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 2:6 - Alkitab Versi Borneo

6 yang dibawa ke dalam pembuangan dari Yerusalem berserta kalangan yang dibuang bersama-sama Yekhonya, raja Yehuda, oleh Nebukadnezar, raja Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Mordekhai telah ditawan ketika Yerusalem dikalahkan oleh Nebukadnezar, raja Babilonia. Mordekhai dibawa ke Babilonia bersama dengan Yoyakhin iaitu raja Yehuda, dan banyak orang tawanan yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Mordekhai telah ditawan ketika Yerusalem dikalahkan oleh Nebukadnezar, raja Babilonia. Mordekhai dibawa ke Babilonia bersama dengan Yoyakhin iaitu raja Yehuda, dan banyak orang tawanan yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 2:6
8 Iomraidhean Croise  

Maka Yoyakhin, raja Yehuda, bersama ibunya, pegawainya, pembesarnya, dan pegawai istananya keluar menyerahkan diri kepada raja Babel. Pada tahun kelapan zaman pemerintahannya, raja Babel menawan Yoyakhin.


Lalu Yoyakim dibaringkan bersama nenek moyangnya. Maka Yoyakhin, anaknya, menaiki takhta menggantikannya.


Kemudian raja itu membuang orang yang terselamat daripada pedang ke Babel. Mereka menghamba kepadanya dan kepada anak-anaknya sampai kerajaan Parsi berkuasa.


“Demi Aku yang hidup,” demikianlah firman TUHAN, “sekalipun Konya anak Yoyakim, raja Yehuda, seperti cincin materai di tangan kanan-Ku, Aku akan mencabut kamu dari situ.


Adakah Konya ini bejana hina yang pecah? Adakah dia perkakas yang tidak disukai orang? Mengapakah dia dan keturunannya dicampakkan, dilemparkan ke negeri yang tidak dikenali mereka?


TUHAN memberikan penglihatan kepadaku: tampak dua keranjang buah ara terletak di hadapan Bait Suci TUHAN. Hal ini terjadi setelah Yekhonya anak Yoyakim, raja Yehuda, berserta para pembesar Yehuda, para tukang, dan pandai besi dibuang dari Yerusalem oleh Nebukadnezar, raja Babel, dan dibawa ke Babel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan