Ester 2:16 - Alkitab Versi Borneo16 Kemudian Ester dibawa menghadap Raja Ahasyweros di istana kerajaannya pada bulan kesepuluh, iaitu bulan Tebet, pada tahun ketujuh pemerintahan baginda. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)16 Demikianlah pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Ahasyweros, pada bulan kesepuluh, iaitu bulan Tebet, Ester dibawa menghadap Raja Ahasyweros di istana. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik16 Demikianlah pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Ahasyweros, pada bulan kesepuluh, iaitu bulan Tebet, Ester dibawa menghadap Raja Ahasyweros di istana. Faic an caibideil |
Ketika tiba giliran Ester anak Abihail, iaitu bapa saudara Mordekhai yang mengambil Ester sebagai anak angkatnya untuk masuk menghadap raja, dia tidak meminta apa-apa selain yang dianjurkan oleh Hegai, sida raja yang bertugas menjaga para perempuan. Maka Ester menimbulkan rasa sayang di mata semua orang yang melihat dia.
Eloklah Raja melantik para petugas di seluruh wilayah kerajaannya untuk mengumpulkan anak dara yang menarik paras rupa mereka di dalam puri Susan di balai perempuan, di bawah pengawasan Hegai, sida Raja yang bertugas menjaga para perempuan; dan mereka hendaklah diberi segala alat solekan yang dikehendaki mereka.
Maka para jurutulis raja dipanggil pada ketika itu juga, iaitu pada hari kedua puluh tiga dalam bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Maka semua yang diarahkan oleh Mordekhai itu ditulislah dalam surat kepada orang Yahudi dan juga kepada para wakil raja, para pembesar, dan para pegawai wilayah dari India sampai ke Ethiopia, seratus dua puluh tujuh wilayah semuanya — setiap wilayah menurut tulisannya, setiap bangsa menurut bahasanya, dan kepada orang Yahudi menurut tulisan dan bahasa mereka.