Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 2:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Setelah dirawat dua belas bulan lamanya, selaras dengan peraturan bagi para perempuan, iaitu tempoh perawatan yang harus dilalui: enam bulan dengan minyak damar wangi dan enam bulan dengan pelbagai salap serta wangi-wangian, maka setiap gadis mendapat giliran untuk masuk menghadap Raja Ahasyweros.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Jangka masa rawatan kecantikan biasanya berlangsung selama satu tahun: enam bulan dengan minyak mur, dan enam bulan lagi dengan minyak wangi-wangian yang lain. Selepas itu, tiap-tiap anak dara itu bergilir-gilir dihadapkan kepada Raja Ahasyweros.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Jangka masa rawatan kecantikan biasanya berlangsung selama satu tahun: enam bulan dengan minyak mur, dan enam bulan lagi dengan minyak wangi-wangian yang lain. Selepas itu, tiap-tiap anak dara itu bergilir-gilir dihadapkan kepada Raja Ahasyweros.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 2:12
10 Iomraidhean Croise  

Maka setiap hari Mordekhai berjalan-jalan di depan laman balai perempuan untuk mengetahui keadaan Ester dan apa yang akan terjadi kepadanya.


Ketika tiba giliran seorang gadis masuk menghadap raja, beginilah aturannya: Apa-apa sahaja yang dimintanya haruslah diberikan kepadanya untuk dibawa dari balai perempuan ke dalam istana raja.


Eloklah Raja melantik para petugas di seluruh wilayah kerajaannya untuk mengumpulkan anak dara yang menarik paras rupa mereka di dalam puri Susan di balai perempuan, di bawah pengawasan Hegai, sida Raja yang bertugas menjaga para perempuan; dan mereka hendaklah diberi segala alat solekan yang dikehendaki mereka.


Gadis itu menyenangi Hegai dan memenangi hatinya. Hegai segera menyediakan segala alat persolekan dan peruntukan makanannya. Dia turut memberinya tujuh orang dayang pilihan dari istana raja dan memindahkan gadis itu bersama-sama dayang-dayangnya ke tempat yang terbaik di balai perempuan.


Aku telah mengharumkan katilku itu dengan damar wangi, gaharu, dan kayu manis.


Siapakah itu, yang muncul dari gurun bagaikan tiang asap, bak ombak yang harum dengan damar wangi dan kemenyan, daripada pelbagai serbuk wangian para pedagang?


Maka akan ada bau busuk sebagai ganti rempah-rempah harum, seutas tali sebagai ganti ikat pinggang, kepala gondol sebagai ganti rambut yang terbentuk rapi, kain kabung sebagai ganti jubah mahal, dan luka bakar sebagai ganti kecantikan.


Engkau pergi menghadap Molokh dengan membawa minyak, dan engkau memperbanyak wangianmu. Engkau mengutus duta-dutamu sampai ke tempat yang jauh, dan merendahkan dirimu sampai ke alam kubur.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan