Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 10:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Mordekhai, orang Yahudi itu, menjadi orang kedua di bawah Raja Ahasyweros. Dialah yang berpangkat tertinggi antara orang Yahudi dan dipandang tinggi serta dikagumi oleh ramai sekali warga sebangsa dengannya atas ikhtiarnya membawa kebaikan kepada bangsanya dan mengetengahkan fasal peri pentingnya kesejahteraan kesemua anak cucu keturunannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mordekhai, orang Yahudi itu tetap memegang jawatan tertinggi di bawah Raja Ahasyweros sendiri. Mordekhai dihormati dan disukai oleh orang sebangsanya. Dia berjuang untuk kebaikan dan kesejahteraan bangsanya serta semua keturunan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mordekhai, orang Yahudi itu tetap memegang jawatan tertinggi di bawah Raja Ahasyweros sendiri. Mordekhai dihormati dan disukai oleh orang sebangsanya. Dia berjuang untuk kebaikan dan kesejahteraan bangsanya serta semua keturunan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 10:3
17 Iomraidhean Croise  

Kamu akan mengetuai istanaku, dan seluruh rakyatku harus tunduk kepada pentadbiranmu. Hanya takhta ini yang membuat aku lebih besar daripada kamu.”


Ayah akan tinggal di Tanah Gosyen, dekat dengan aku — ayah, anak-anak dan cucu-cucu ayah, segala kawanan ternakan ayah, serta segala harta benda ayah.


Aku akan mengadakan segala keperluan ayah di sana, kerana tempoh berlakunya kebuluran ini masih ada lima tahun lagi. Jangan sampai kemiskinan dan ketandusan menimpa ayah dan seluruh keluarga ayah serta segala harta benda ayah.” ’


Zikhri, kesateria dari Efraim, membunuh Maaseya, anak raja; Azrikam, ketua istana; dan Elkana, orang kedua setelah raja.


Ketika hal itu didengar oleh Sanbalat, orang Horon, dan Tobia, seorang pegawai bangsa Amon, bahawa ada orang yang datang untuk mengusahakan agar orang Israel beroleh kesejahteraan, mereka sangat tidak suka.


Pada waktu itu di puri Susan ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair anak Simei anak Kish, seorang Benyamin


Kesemua pegawai raja yang berada di pintu gerbang istana berlutut dan memberi hormat kepada Haman sebagaimana yang diperintahkan raja mengenai Haman. Akan tetapi, Mordekhai enggan berlutut dan memberi hormat.


Lalu aku mendengar tentang engkau, bahawa engkau sanggup memberikan tafsiran dan menghuraikan persoalan yang sulit. Sekarang, jika engkau sanggup membaca tulisan itu dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, maka kepadamu akan dipakaikan pakaian ungu dan lehermu akan dikalungkan rantai emas. Engkau akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”


Setelah itu, Belsyazar memberikan perintah supaya pakaian ungu dipakaikan kepada Daniel, rantai emas dikalungkan pada lehernya, dan dinobatkan sebagai pemerintah yang ketiga dalam kerajaan itu.


Terbukti betapa Daniel lebih menonjol daripada dua orang lagi penyelia itu dan juga para wakil raja, kerana padanya ada roh yang luar biasa hinggakan raja berancangan mengangkat dia untuk memerintah seluruh kerajaannya.


Saudara-saudaraku, hasrat hatiku dan doaku kepada Allah tentang orang Israel ialah semoga mereka akan diselamatkan.


Orang yang mengabdikan diri kepada Kristus dengan cara ini akan diredai Allah dan disukai manusia.


Sebaliknya, seluruh orang Israel dan orang Yehuda mencintai Daud kerana dialah yang memimpin pergerakan mereka.


Kata Yonatan kepadanya, “Jangan takut. Tangan Saul, ayahku, tidak akan dapat menangkap kamu. Engkau akan menjadi raja atas orang Israel dan aku akan menjadi orang kedua di bawahmu. Saul, ayahku, tahu juga tentang hal itu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan