Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 pada tahun ketiga pemerintahannya, baginda mengadakan jamuan untuk kesemua pembesar dan pegawainya. Tentera Parsi dan Media serta kaum bangsawan, dan para pembesar wilayah hadir di hadapan baginda

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Pada tahun ketiga pemerintahannya, Raja Ahasyweros mengadakan jamuan besar bagi semua pembesar dan pegawainya. Para panglima Persia dan Media, serta para gabenor dan pegawai tinggi dari wilayah-wilayah turut hadir di jamuan itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Pada tahun ketiga pemerintahannya, Raja Ahasyweros mengadakan jamuan besar bagi semua pembesar dan pegawainya. Para panglima Persia dan Media, serta para gabenor dan pegawai tinggi dari wilayah-wilayah turut hadir di jamuan itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 1:3
16 Iomraidhean Croise  

Pada hari ketiga ternyata hari itu hari ulang tahun kelahiran Firaun. Maka Firaun mengadakan jamuan untuk meraikan kesemua pegawainya. Dia membebaskan ketua jururasa santapan serta kepala pembuat roti di hadapan para pegawainya.


Salomo pun terjaga, rupanya dia bermimpi. Kemudian dia pergi ke Yerusalem, lalu berdiri di hadapan tabut perjanjian TUHAN. Dipersembahkannya korban bakaran dan korban kedamaian, lalu dia mengadakan jamuan bagi semua pegawainya.


“Beginilah titah Kores, raja Parsi, ‘TUHAN, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda.


Antara pembesar yang terdekat dengan baginda ialah Karsena, Setar, Admata, Tarsis, Meres, Marsena, dan Memukan, iaitu tujuh orang pembesar Parsi dan Media yang boleh memandang wajah raja dan yang memiliki kedudukan utama dalam kerajaan.


sementara baginda mempamerkan kekayaan kerajaannya yang mulia, kemegahan dan keagungannya berhari-hari lamanya iaitu selama seratus delapan puluh hari.


Setelah itu, raja mengadakan jamuan besar bagi semua pembesar dan pegawainya, iaitu jamuan meraikan Ester. Baginda juga melepaskan wilayah-wilayah dalam kerajaannya daripada membayar cukai dan mengurniakan pelbagai pemberian selaras dengan kemurahan hati raja.


Pada bulan pertama, iaitu bulan Nisan, pada tahun kedua belas zaman Raja Ahasyweros, Haman menyuruh orang membuang pur, iaitu mencabut undi di hadapannya untuk menentukan hari dan bulan. Undi itu terjatuh pada bulan kedua belas, iaitu bulan Adar.


Suatu penglihatan yang menyusahkan telah dinyatakan kepadaku: “Si pengkhianat berbuat khianat dan si pemusnah melakukan musnah. Majulah, wahai Elam! Kepunglah, wahai Madai! Aku akan menghentikan segala keluh-kesah yang ditimbulkannya.”


Tajamkanlah anak panah, siapkanlah perisai. TUHAN telah membangkitkan semangat raja-raja Media, kerana rancangan-Nya adalah untuk memusnahkan Babel. Inilah pembalasan TUHAN, pembalasan kerana Bait Suci-Nya.


Raja Belsyazar mengadakan jamuan besar bagi seribu orang pembesarnya dan dia meminum-minum air anggur di hadapan seribu orang itu.


Peres: kerajaan tuanku telah dibahagi-bahagikan dan diserahkan kepada orang Media dan orang Parsi.”


Darius berkenan melantik seratus dua puluh orang wakil raja atas kerajaan itu. Mereka ditugaskan untuk memerintah di seluruh kerajaan.


Domba jantan bertanduk dua yang kaulihat itu ialah raja-raja Media dan Parsi.


Akhirnya Herodias mendapat peluang apabila Raja Herodes mengadakan jamuan hari jadinya untuk semua pegawai tinggi kerajaan, panglima dan tokoh masyarakat Galilea.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan