Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 1:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Pada zaman itu, ketika Raja Ahasyweros bersemayam di atas takhta kerajaannya di dalam puri Susan,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 1:2
10 Iomraidhean Croise  

Setelah raja menetap di dalam istananya dan TUHAN mengurniakan ketenteraman kepadanya daripada semua musuh di sekelilingnya,


Sekarang Salomo telah duduk di atas takhta kerajaan.


Nehemia anak Hakhalya meriwayatkan: Pada bulan Kislew tahun kedua puluh, ketika aku berada di kubu kota Susan,


Eloklah Raja melantik para petugas di seluruh wilayah kerajaannya untuk mengumpulkan anak dara yang menarik paras rupa mereka di dalam puri Susan di balai perempuan, di bawah pengawasan Hegai, sida Raja yang bertugas menjaga para perempuan; dan mereka hendaklah diberi segala alat solekan yang dikehendaki mereka.


Pada waktu itu di puri Susan ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair anak Simei anak Kish, seorang Benyamin


Lalu bersegeralah para utusan pantas pergi demi melaksanakan perintah raja. Titah itu dikeluarkan di puri Susan. Maka, sementara raja dan Haman duduk minum-minum, gemparlah seluruh kota Susan.


“Pergilah, kumpulkan semua orang Yahudi yang ada di Susan dan berpuasalah untuk aku. Jangan makan dan jangan minum selama tiga hari, baik malam mahupun siang. Aku dan para dayangku pun akan berpuasa secara demikian, kemudian aku akan masuk menghadap raja, sekalipun bertentangan dengan undang-undang. Jika kerana itu aku harus binasa, biarlah aku binasa.”


Aku, Nebukadnezar, hidup tenang dalam rumahku dan makmur dalam istanaku.


Aku melihat dalam penglihatan itu bahawa ketika aku mengamati, aku berada di puri Susan, yang terletak di Wilayah Elam. Aku melihat juga dalam penglihatan itu bahawa aku berada di tepi Sungai Ulai.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan