Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 1:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Peristiwa ini berlaku pada zaman Ahasyweros yang memerintah seratus dua puluh tujuh buah wilayah, dari India hingga Ethiopia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1-2 Di Susan, ibu kota Persia, Raja Ahasyweros memerintah 127 buah wilayah, dari India sampai ke Etiopia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1-2 Di Susan, ibu kota Persia, Raja Ahasyweros memerintah 127 buah wilayah, dari India sampai ke Etiopia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 1:1
10 Iomraidhean Croise  

Sewaktu zaman pemerintahan Ahasyweros, mereka menulis surat tuduhan terhadap penduduk Yehuda dan Yerusalem.


Raja Ahasyweros mengenakan pembayaran ufti di seluruh kerajaannya dan daerah-daerah pesisir laut.


Eloklah Raja melantik para petugas di seluruh wilayah kerajaannya untuk mengumpulkan anak dara yang menarik paras rupa mereka di dalam puri Susan di balai perempuan, di bawah pengawasan Hegai, sida Raja yang bertugas menjaga para perempuan; dan mereka hendaklah diberi segala alat solekan yang dikehendaki mereka.


Maka para jurutulis raja dipanggil pada ketika itu juga, iaitu pada hari kedua puluh tiga dalam bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Maka semua yang diarahkan oleh Mordekhai itu ditulislah dalam surat kepada orang Yahudi dan juga kepada para wakil raja, para pembesar, dan para pegawai wilayah dari India sampai ke Ethiopia, seratus dua puluh tujuh wilayah semuanya — setiap wilayah menurut tulisannya, setiap bangsa menurut bahasanya, dan kepada orang Yahudi menurut tulisan dan bahasa mereka.


Mordekhai mengirimkan surat-surat kepada semua orang Yahudi di seratus dua puluh tujuh buah wilayah Raja Ahasyweros, dengan ucapan salam dan ketulusan.


Wahai! Negeri dengingan sayap di seberang sungai-sungai Kush,


Pada waktu itu raja menerima laporan tentang Tirhaka, raja Kush, demikian, “Dia sedang mara untuk berperang dengan tuanku.” Setelah mendengar hal itu, dikirimnya semula para utusan kepada Hizkia dengan pesan,


“Sekarang aku akan memberitahukan kebenaran kepadamu. Ketahuilah, tiga orang raja lagi akan muncul di Parsi, dan yang keempat akan mendapat kekayaan besar melebihi mereka semua. Setelah dia menjadi kuat kerana kekayaannya, dia akan mengerahkan semua orang untuk melawan kerajaan Yunani.


Darius berkenan melantik seratus dua puluh orang wakil raja atas kerajaan itu. Mereka ditugaskan untuk memerintah di seluruh kerajaan.


Pada tahun yang pertama dalam zaman pemerintahan Darius anak Ahasyweros, daripada keturunan orang Media, yang telah dijadikan raja kerajaan orang Kasdim.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan