Daniel 9:9 - Alkitab Versi Borneo9 Pada Tuhan, Allah kami, ada rahmat dan pengampunan, walaupun kami telah menderhaka terhadap-Nya. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)9 Engkau penuh belas kasihan dan keampunan, walaupun kami telah memberontak terhadap-Mu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik9 Engkau penuh belas kasihan dan keampunan, walaupun kami telah memberontak terhadap-Mu. Faic an caibideil |
Namun demikian, keturunan kaum Israel menderhaka terhadap Aku di gurun. Mereka tidak hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku dan menolak peraturan-peraturan-Ku, padahal orang yang melakukan semua itu akan hidup. Mereka pun sangat mencemari hari-hari Sabat-Ku. Maka Aku berfirman bahawa Aku hendak mencurahkan murka-Ku ke atas mereka di gurun serta menghancurkan mereka.
Ya Tuhan, Engkaulah yang benar, dan kamilah yang penuh rasa malu sebagaimana nyata pada hari ini, kami orang Yehuda, penduduk Yerusalem, dan semua orang Israel, baik mereka yang dekat mahupun yang jauh, di segala negeri tempat Engkau menghalau mereka kerana kemungkaran yang dilakukan oleh mereka terhadap Engkau.
Kemudian berdoalah dia kepada TUHAN, katanya, “Ya TUHAN, bukankah sudah kukatakan hal ini ketika aku masih di negeriku sehingga aku cepat-cepat melarikan diri ke Tarsis. Aku tahu betapa Engkaulah Tuhan pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, serta berbelas kasihan dan tidak pula mendatangkan malapetaka.