Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 9:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Ya Tuhan, kamilah yang penuh rasa malu, begitu juga para raja kami, para pembesar kami, dan nenek moyang kami, kerana kami telah berdosa terhadap Engkau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Raja-raja kami, penguasa-penguasa kami dan nenek moyang kami telah melakukan hal yang memalukan serta berdosa terhadap-Mu, ya Tuhan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Raja-raja kami, penguasa-penguasa kami dan nenek moyang kami telah melakukan hal yang memalukan serta berdosa terhadap-Mu, ya Tuhan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 9:8
15 Iomraidhean Croise  

kerana mereka telah melakukan segala kemungkaran di mata-Ku dan telah membangkitkan murka-Ku, sejak hari nenek moyang mereka keluar dari Mesir sampai hari ini.”


dan jika mereka sedar akan diri di negeri tempat mereka tertawan, lalu berbalik serta memohon belas kasihan kepada-Mu di negeri tempat mereka tertawan itu dengan berkata, ‘Kami telah berdosa, bersalah, dan berbuat fasiq;’


semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku, telah berdosa terhadap Engkau.


Sejak dahulukala belum pernah orang mendengar, belum pernah telinga menanggapi, belum pernah mata melihat satu Allah selain Engkau, yang bertindak bagi orang yang menanti-nantikan Dia.


Ya TUHAN, kami menyedari kefasiqan kami dan kesalahan nenek moyang kami. Sungguh, kami telah berdosa terhadap Engkau.


kerana segala kejahatan yang dilakukan bani Israel dan bani Yehuda untuk membangkitkan murka-Ku — baik mereka, raja-raja mereka, para pembesar mereka, para imam mereka, para nabi mereka, orang Yehuda, mahupun penduduk Yerusalem.


Sungguhkah Aku yang disakiti mereka?” demikianlah firman TUHAN, “Bukankah diri mereka sendiri yang disakiti sehingga muka mereka tercoreng?”


“TUHAN itulah yang benar; aku telah menderhaka terhadap firman-Nya. Dengarlah kiranya, wahai segala bangsa, dan lihatlah penderitaanku. Para perawanku dan para pemudaku pergi sebagai tawanan.


Kami melakukan pelanggaran dan menderhaka, dan Engkau tidak mengampuni kami.


Terjatuh kini mahkota di kepala kami. Malangnya kami kerana kami telah berdosa!


Dengan demikian engkau akan mengingat hal-hal yang telah lalu, berasa malu, dan tidak berani lagi membuka mulut kerana aibmu pada waktu Aku mengadakan pendamaian bagimu atas semua yang kaulakukan, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’ ”


Namun begitu, dalam kefasiqannya ia telah menderhaka dengan menentang peraturan-peraturan-Ku melebihi bangsa-bangsa lain, dan menentang ketetapan-ketetapan-Ku melebihi negeri-negeri di sekelilingnya. Mereka menolak peraturan-peraturan-Ku dan tidak hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku.


Pada Tuhan, Allah kami, ada rahmat dan pengampunan, walaupun kami telah menderhaka terhadap-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan