Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 9:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengakui segala dosa, demikian, “Ya Tuhan, Allah, Yang Maha Besar dan terlalu mengagumkan, yang berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi terhadap orang yang mencintai Engkau serta berpegang teguh pada segala perintah-Mu!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengaku dosa bangsaku di hadapan-Nya. Aku berkata, “Ya Tuhan Allah, Engkau besar, dan kami menghormati Engkau. Engkau menepati perjanjian-Mu, dan Engkau sentiasa mengasihi orang yang mengasihi Engkau dan yang mentaati perintah-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengaku dosa bangsaku di hadapan-Nya. Aku berkata, “Ya Tuhan Allah, Engkau besar, dan kami menghormati Engkau. Engkau menepati perjanjian-Mu, dan Engkau sentiasa mengasihi orang yang mengasihi Engkau dan yang mentaati perintah-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 9:4
30 Iomraidhean Croise  

Katanya, “Ya TUHAN, Allah Israel, tidak ada Allah yang seperti Engkau, baik di langit di atas mahupun di bumi di bawah. Engkau berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi bagi hamba-hamba-Mu yang hidup di hadapan-Mu dengan segenap hati mereka.


lalu umat-Ku, yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka.


Sementara Ezra berdoa dan mengaku dosa, menangis dan bersujud di hadapan Rumah Allah, berkumpullah di sekelilingnya orang Israel yang terdiri daripada lelaki, perempuan, dan anak-anak dalam jumlah yang sangat besar. Umat itu pun menangis tersedu-sedu.


kataku, “Ya TUHAN, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya,


Sekarang, ya Allah kami, Allah yang besar, perkasa, dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi, janganlah Kaupandang ringan segala kesusahan yang telah menimpa kami, raja kami, pemimpin kami, para imam kami, nabi kami, nenek moyang kami, dan seluruh umat-Mu sejak zaman raja-raja Asyur sampai hari ini.


Lalu aku mengakui dosaku kepada-Mu dan tidak menyembunyikan kejahatan dosaku. Kataku, “Aku akan mengakui keingkaranku kepada TUHAN” — maka Engkau mengampunkan dosaku. Sela


Namun demikian, Aku menunjukkan kasih setia-Ku kepada keturunan yang keseribu dalam kalangan mereka yang mengasihi Aku dan yang taat berpegang teguh pada segala perintah-Ku.


Hanya, akuilah kesalahanmu, bahawa engkau telah menderhaka terhadap TUHAN, Allahmu, telah melampiaskan nafsu berahimu dengan kalangan orang asing di bawah pokok yang rimbun, dan tidak mematuhi Aku,’ ” demikianlah firman TUHAN.


Mereka masuk dan mendudukinya, tetapi mereka tidak mahu mematuhi-Mu atau menuruti hukum-Mu. Mereka tidak melakukan segala sesuatu yang Kauperintahkan kepada mereka untuk dilakukan. Itulah sebabnya Engkau menimpakan segala malapetaka ini kepada mereka.


Apabila Daniel mengetahui bahawa surat itu telah ditandatangani, masuklah dia ke rumahnya. Dalam bilik atasnya terdapat jendela-jendela yang terbuka menghadap Yerusalem. Tiga kali sehari dia bertelut, berdoa, dan mengucap syukur kepada Allahnya, seperti yang biasa dilakukannya selama ini.


Lalu aku menumpukan hati kepada Tuhan Allah dengan berikhtiar dalam doa dan permohonan sambil berpuasa serta mengenakan kain perkabungan dan abu.


Dia mengasihani nenek moyang kita, dan mengingati perjanjian-Nya yang suci,


Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya.


Namun demikian, Aku menunjukkan kasih setia-Ku kepada keturunan yang keseribu dalam kalangan mereka yang mengasihi Aku dan yang taat berpegang teguh pada segala perintah-Ku.


Jadi, apabila kamu mendengar dan mentaati segala peraturan itu serta melakukannya dengan bersungguh-sungguh, maka TUHAN, Allahmu, akan berpegang teguh pada perjanjian dan kasih-Nya yang abadi, yang telah Dia sumpah kepada nenek moyangmu.


Janganlah gentar terhadap mereka kerana TUHAN, Allahmu, hadir di tengah-tengahmu. Dialah Allah yang besar dan teramat hebat.


Oleh sebab itu ketahuilah bahawa TUHAN, Allahmu, Dia Allah, Allah yang setia, yang berpegang teguh pada perjanjian, dan menunjukkan rahmat-Nya terhadap orang yang mengasihi-Nya serta yang berpegang teguh pada perintah-perintah-Nya, sampai beribu-ribu keturunan.


Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.


Ketahuilah, saudara-saudara yang kukasihi, Allah telah memilih orang miskin di dunia ini menjadi orang yang kaya dalam iman. Mereka akan mewarisi kerajaan Allah sebagaimana telah dijanjikan-Nya kepada orang yang mengasihi-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan