Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 9:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Lalu aku menumpukan hati kepada Tuhan Allah dengan berikhtiar dalam doa dan permohonan sambil berpuasa serta mengenakan kain perkabungan dan abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Aku berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan Allah, memohon belas kasihan-Nya, sambil berpuasa dan memakai kain guni, serta duduk di atas abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Aku berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan Allah, memohon belas kasihan-Nya, sambil berpuasa dan memakai kain guni, serta duduk di atas abu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 9:3
30 Iomraidhean Croise  

Daud pun memanjatkan permohonan kepada Allah demi anak itu sambil berpuasa. Dia masuk ke dalam dan berbaring di lantai semalam-malaman.


Kemudian Ezra beranjak dari depan Rumah Allah dan pergi ke bilik Yohanan anak Elyasib. Di sana pun ia tidak makan roti atau minum air kerana dia berkabung atas kemungkaran orang buangan itu.


Lalu di tepi Sungai Ahawa itu aku mengisytiharkan puasa (bagi anggota rombongan) agar kami merendahkan diri di hadapan Allah kami dan memohon kepada-Nya jalan yang aman bagi kami, anak-anak kami, serta segala harta benda kami.


Pada waktu persembahan petang, aku bangkit dan berhenti merendahkan diri. Lalu dengan pakaian dan jubah terkoyak, aku sujud bertelut dan menadahkan tangan kepada TUHAN, Allahku.


Pada hari kedua puluh empat dalam bulan itu juga orang Israel berkumpul dan berpuasa dengan memakai kain perkabungan serta meletakkan tanah di atas kepala.


“Pergilah, kumpulkan semua orang Yahudi yang ada di Susan dan berpuasalah untuk aku. Jangan makan dan jangan minum selama tiga hari, baik malam mahupun siang. Aku dan para dayangku pun akan berpuasa secara demikian, kemudian aku akan masuk menghadap raja, sekalipun bertentangan dengan undang-undang. Jika kerana itu aku harus binasa, biarlah aku binasa.”


Oleh sebab itu aku memandang hina diriku, dan duduk menyesal dalam debu dan abu.”


Sedangkan ketika mereka sakit dahulu, aku telah berkabung; aku merendahkan diriku dengan berpuasa. Dan doaku sentiasa kembali ke hatiku.


Pada waktu itu Tuhan, ALLAH alam semesta, menyuruh orang menangis, meratap, menggondolkan kepala, dan memakai kain kabung.


‘Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan menyatakan kepadamu hal-hal yang besar dan tidak terselami, iaitu hal-hal yang tidak kauketahui.’


Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Aku pun akan membolehkan keturunan kaum Israel memohon hal yang akan Kulakukan ini bagi mereka, iaitu menambah jumlah mereka hingga seperti kawanan domba.


Apabila Daniel mengetahui bahawa surat itu telah ditandatangani, masuklah dia ke rumahnya. Dalam bilik atasnya terdapat jendela-jendela yang terbuka menghadap Yerusalem. Tiga kali sehari dia bertelut, berdoa, dan mengucap syukur kepada Allahnya, seperti yang biasa dilakukannya selama ini.


Pada tahun yang pertama dalam zaman pemerintahannya itu, aku, Daniel, mengamati dalam kitab-kitab bahawa menurut firman TUHAN kepada Nabi Yeremia jumlah tahun sebelum berakhirnya keruntuhan Yerusalem ialah tujuh puluh tahun.


Sewaktu aku berbicara dan berdoa, mengaku dosaku dan dosa bangsaku Israel, dan menyampaikan permohonanku ke hadirat TUHAN, Allahku, bagi gunung suci Allahku,


Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengakui segala dosa, demikian, “Ya Tuhan, Allah, Yang Maha Besar dan terlalu mengagumkan, yang berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi terhadap orang yang mencintai Engkau serta berpegang teguh pada segala perintah-Mu!


Pakailah kain perkabungan dan merataplah, wahai para imam, meraung-raunglah, wahai para petugas mazbah. Masuk dan bermalamlah dengan memakai kain perkabungan, wahai para petugas Allahku, kerana persembahan bahan makanan dan persembahan minuman telah ditahan daripada Bait Allahmu.


“Sekarang juga,” demikianlah firman TUHAN, “kembalilah kepada-Ku dengan seluruh hatimu, dengan berpuasa, dengan menangis, dan dengan meratap.”


Orang Niniwe percaya kepada Allah lalu mereka mengumumkan puasa, dan kesemua warganya daripada yang terbesar sampai yang terkecil memakai pakaian berkabung.


Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa.”


Hana kemudian menjadi balu sehingga dia berumur lapan puluh empat tahun. Dia tidak pernah meninggalkan Bait Suci, malahan dia beribadat kepada Allah dengan berpuasa dan berdoa siang malam.


Kornelius berkata, “Empat hari lalu, kira-kira jam kesembilan, aku sedang berdoa di rumah; tiba-tiba seorang berdiri di hadapanku, pakaiannya bersinar-sinar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan