Daniel 8:8 - Alkitab Versi Borneo8 Kambing jantan itu terlalu membesarkan diri. Tetapi sesudah ia menjadi teramat kuat, tanduknya yang besar itu patah. Sebagai gantinya tumbuhlah empat batang tanduk yang menanjak ke arah empat mata angin. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)8 Kambing jantan itu semakin sombong, tetapi apabila kambing jantan itu sampai pada kemuncak kekuasaannya, tanduknya patah. Sebagai gantinya, muncul pula empat buah tanduk yang menonjol dan menunjuk ke arah yang berlainan. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik8 Kambing jantan itu semakin sombong, tetapi apabila kambing jantan itu sampai pada kemuncak kekuasaannya, tanduknya patah. Sebagai gantinya, muncul pula empat buah tanduk yang menonjol dan menunjuk ke arah yang berlainan. Faic an caibideil |
Tidak lama selepas kemunculannya, kerajaannya akan terpecah dan terbahagi menurut empat arah mata angin. Tetapi kerajaan itu tidak akan menjadi milik keturunannya dan tidak akan berkuasa sebagaimana dia berkuasa, kerana kerajaannya akan dicabut dan diberikan kepada orang lain selain keturunannya itu.
Aku melihat ia mendekati domba jantan itu dan begitu marah kepadanya. Lalu dihentamnya domba jantan itu dan dipatahkan kedua-dua tanduknya. Tidak ada kuasa pada domba jantan itu untuk bertahan di hadapannya. Kambing itu menghempaskannya ke bumi dan menginjak-injaknya. Tidak ada yang dapat melepaskan domba jantan itu daripada kuasanya.
bahawa setelah Aku membawa mereka masuk ke tanah yang telah Kusumpah untuk memberikannya kepada nenek moyang mereka, iaitu tanah yang berlimpah susu dan madu, dan setelah mereka makan sehingga kenyang lalu menjadi gemuk, mereka berpaling kepada tuhan-tuhan lain dan beribadat menyembah tuhan-tuhan itu. Mereka menista Aku dan mengingkari perjanjian-Ku.