Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 8:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Aku melihat ia mendekati domba jantan itu dan begitu marah kepadanya. Lalu dihentamnya domba jantan itu dan dipatahkan kedua-dua tanduknya. Tidak ada kuasa pada domba jantan itu untuk bertahan di hadapannya. Kambing itu menghempaskannya ke bumi dan menginjak-injaknya. Tidak ada yang dapat melepaskan domba jantan itu daripada kuasanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Aku melihat kambing jantan menyerang domba jantan dengan begitu ganas sehingga menyondol kedua-dua tanduk domba jantan itu dan mematahkannya. Domba jantan itu tidak berdaya mempertahankan diri, lalu jatuh ke tanah dan dipijak-pijak. Tiada sesiapa pun dapat menyelamatkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Aku melihat kambing jantan menyerang domba jantan dengan begitu ganas sehingga menyondol kedua-dua tanduk domba jantan itu dan mematahkannya. Domba jantan itu tidak berdaya mempertahankan diri, lalu jatuh ke tanah dan dipijak-pijak. Tiada sesiapa pun dapat menyelamatkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 8:7
8 Iomraidhean Croise  

Lalu marahlah raja negeri selatan lalu keluar berperang melawan pasukan perang raja negeri utara yang telah mengerahkan pasukan yang besar. Akan tetapi pasukan itu akan diserahkan ke dalam tangan raja negeri selatan.


Binatang-binatang yang lain pun dicabut kekuasaannya, tetapi dibenarkan hidup lama sedikit sampai waktu dan masa tertentu.


Setelah itu, aku terus memperhatikan dalam penglihatan pada malam hari itu. Tampaklah binatang keempat yang menakutkan, dahsyat, dan amat kuat. Ada dua baris giginya yang besar dan daripada besi. Dia melahap dan meremukkan mangsa, lalu sisanya diinjak-injaknya dengan kaki. Dia berbeza daripada semua binatang yang terdahulu dan dia ada sepuluh batang tanduk.


Ia semakin besar sehingga mencapai benda-benda langit. Ia menjatuhkan ke bumi sebahagian daripada benda-benda langit itu, yakni daripada bintang-bintang, lalu menginjak-injaknya.


Ia mendatangi domba jantan bertanduk dua yang kulihat berdiri di tepi sungai itu, lalu berlari ke arahnya dengan amarah yang begitu marak sekali.


Kambing jantan itu terlalu membesarkan diri. Tetapi sesudah ia menjadi teramat kuat, tanduknya yang besar itu patah. Sebagai gantinya tumbuhlah empat batang tanduk yang menanjak ke arah empat mata angin.


Mereka akan saling terhantuk dan berlanggaran sesama sendiri untuk lari daripada pedang walhal tiada sesiapa yang mengejar mereka. Kamu tidak akan berdaya untuk bertahan di hadapan para musuhmu.


Ketika orang Ai menoleh ke belakang, tampak asap kota itu membumbung ke langit. Mereka tidak dapat lagi melarikan diri ke sana atau ke mari, kerana pasukan yang tadinya melarikan diri ke gurun berbalik menghadapi musuh yang mengejar mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan