Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 8:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Aku melihat domba jantan itu menanduk ke arah barat, utara, dan selatan. Tiada haiwan yang dapat bertahan di hadapannya dan tidak ada yang dapat melepaskan diri daripada kekuasaannya. Dia berbuat sesuka hati dan membesarkan diri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Aku nampak domba jantan itu menanduk ke arah barat, utara, dan selatan. Tiada binatang sanggup menghalanginya, ataupun melarikan diri daripada kuasanya. Domba jantan itu berbuat sesuka hati dan bertambah sombong.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Aku nampak domba jantan itu menanduk ke arah barat, utara, dan selatan. Tiada binatang sanggup menghalanginya, ataupun melarikan diri daripada kuasanya. Domba jantan itu berbuat sesuka hati dan bertambah sombong.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 8:4
18 Iomraidhean Croise  

Zedekia anak Kenaana membuat tanduk-tanduk bagi dirinya daripada besi lalu berkata, “Beginilah firman TUHAN, ‘Dengan inilah tuanku akan menanduk orang Aram sampai mereka tumpas.’ ”


sungguhpun Engkau tahu bahawa aku tidak bersalah dan tidak ada yang dapat melepaskanku daripada tangan-Mu?


Melalui Engkau kami akan menumbangkan musuh kami; dengan nama-Mu kami akan menakluki orang yang menyerang kami.


Fikirkan semua ini, hai kamu yang melupakan Allah, jangan sampai Aku membinasakanmu, dan tiada siapa dapat menyelamatkanmu:


jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku.


Kerana kamu mendorong-dorong dengan rusuk dan bahu serta menanduk semua yang lemah sehingga mereka tercerai-berai ke mana-mana,


sehingga raja yang datang menyerangnya akan berbuat sesuka hati. Tidak ada yang dapat bertahan menghadapinya. Dia akan berdiri di Tanah Yang Mulia dan mempunyai kuasa untuk membinasakannya.


Lalu raja itu akan berbuat sewenang-wenangnya. Dia akan meninggikan diri dan terus membesarkan diri atas segala tuhan serta mengucapkan hal-hal yang dahsyat menentang Allah segala allah. Dia akan beroleh kejayaan sehingga genap tempoh kemurkaan itu, kerana apa yang sudah ditentukan akan terlaksana.


Kerana keagungan yang dikurniakan kepadanya, maka umat daripada segala suku, bangsa, dan bahasa gementar dan takut kepadanya. Dia membunuh sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan membiarkan hidup sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Dia meninggikan sesiapa yang dikehendakinya dan merendahkan sesiapa yang dikehendakinya.


Pada malam itu juga Belsyazar, raja orang Kasdim, dibunuh.


Kemudian tampak pula seekor binatang lain, iaitu yang kedua. Wajahnya seperti beruang dan ia ditegakkan pada sisi badannya yang sebelah. Di dalam mulutnya, di antara gigi-giginya, ada tiga batang tulang rusuk dan kepadanya dikatakan demikian, ‘Ayuh, bangunlah dan makanlah daging banyak-banyak!’


Aku melihat ia mendekati domba jantan itu dan begitu marah kepadanya. Lalu dihentamnya domba jantan itu dan dipatahkan kedua-dua tanduknya. Tidak ada kuasa pada domba jantan itu untuk bertahan di hadapannya. Kambing itu menghempaskannya ke bumi dan menginjak-injaknya. Tidak ada yang dapat melepaskan domba jantan itu daripada kuasanya.


Sisa Yakub akan ada di antara bangsa-bangsa, di tengah-tengah banyak suku bangsa, seperti singa antara mergastua hutan, seperti seekor singa muda antara kawanan domba. Jika menerkam mangsa, ia akan menginjak-injak serta mencabik-cabik tanpa ada yang melepaskan mangsa itu.


Kegemilangannya bagaikan anak sulung lembunya, dan tanduk-tanduknya ialah tanduk-tanduk lembu liar. Dengan tanduk itu dia menanduk bangsa-bangsa sampai ke hujung-hujung bumi. Itulah puluhan ribu orang Efraim dan ribuan orang Manasye.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan