Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 8:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Ketika aku menujukan pandang dan mengamati, tampaklah seekor domba jantan yang bertanduk dua berdiri di tepi sungai itu. Kedua-dua tanduknya panjang, tetapi yang satu lebih panjang daripada yang lain. Tanduk yang lebih panjang itu tumbuh di belakang tanduk yang pendek.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Di tepi sungai itu aku nampak seekor domba jantan yang mempunyai dua buah tanduk yang panjang: yang satu lebih panjang dan lebih baru daripada yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Di tepi sungai itu aku nampak seekor domba jantan yang mempunyai dua buah tanduk yang panjang: yang satu lebih panjang dan lebih baru daripada yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 8:3
25 Iomraidhean Croise  

Ketika Daud melayangkan pandang, dilihatnya malaikat TUHAN berdiri di antara bumi dengan langit, dengan sebilah pedang yang terarah ke Yerusalem terhunus di tangannya. Daud dan para tua-tua pun sujud dengan mengenakan kain perkabungan.


“Beginilah titah Kores, raja Parsi, ‘TUHAN, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda.


Sepanjang zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, sehingga pemerintahan Darius, raja Parsi, mereka mengupah penasihat untuk menentang umat itu demi menggagalkan usaha pembinaan itu.


pada tahun ketiga pemerintahannya, baginda mengadakan jamuan untuk kesemua pembesar dan pegawainya. Tentera Parsi dan Media serta kaum bangsawan, dan para pembesar wilayah hadir di hadapan baginda


Lihat, Aku akan membangkitkan orang Madai untuk melawan mereka, orang yang tidak mengendahkan perak dan tidak menyukai emas.


Suatu penglihatan yang menyusahkan telah dinyatakan kepadaku: “Si pengkhianat berbuat khianat dan si pemusnah melakukan musnah. Majulah, wahai Elam! Kepunglah, wahai Madai! Aku akan menghentikan segala keluh-kesah yang ditimbulkannya.”


Akulah yang berfirman tentang Kores, ‘Dialah gembala-Ku. Dia akan melaksanakan segala kehendak-Ku.’ Tentang Yerusalem ia akan berkata, ‘Kota itu akan dibangunkan kembali,’ dan tentang Bait Suci, ‘Dasarnya akan diletakkan.’ ”


Tajamkanlah anak panah, siapkanlah perisai. TUHAN telah membangkitkan semangat raja-raja Media, kerana rancangan-Nya adalah untuk memusnahkan Babel. Inilah pembalasan TUHAN, pembalasan kerana Bait Suci-Nya.


Ketika aku mengangkat mukaku, aku terlihat seorang yang berpakaian kain linen dan berikat pinggang emas dari Ufas.


Setelah tuanku akan muncul suatu kerajaan lain yang lebih lemah daripada kerajaan tuanku, lalu kerajaan lain daripada gangsa, yakni yang ketiga, yang akan menguasai seluruh bumi.


Lalu Darius, orang Media, mengambil alih kerajaan itu ketika berumur kira-kira enam puluh dua tahun.


Daniel ini berkedudukan tinggi pada masa pemerintahan Darius dan pada masa pemerintahan Kores, orang Parsi.


Kemudian tampak pula seekor binatang lain, iaitu yang kedua. Wajahnya seperti beruang dan ia ditegakkan pada sisi badannya yang sebelah. Di dalam mulutnya, di antara gigi-giginya, ada tiga batang tulang rusuk dan kepadanya dikatakan demikian, ‘Ayuh, bangunlah dan makanlah daging banyak-banyak!’


Aku melihat dalam penglihatan itu bahawa ketika aku mengamati, aku berada di puri Susan, yang terletak di Wilayah Elam. Aku melihat juga dalam penglihatan itu bahawa aku berada di tepi Sungai Ulai.


Domba jantan bertanduk dua yang kaulihat itu ialah raja-raja Media dan Parsi.


Aku melayangkan pandang, lalu kulihat ada empat batang tanduk.


Aku melayangkan pandang dan melihat seseorang lelaki yang memegang tali pengukur.


Aku melayangkan pandangan lagi, lalu nampak sebuah gulungan kitab yang terbang.


Malaikat yang berbicara dengan aku itu kemudian tampil dan berkata kepadaku, “Layangkanlah pandangan dan lihat apa yang muncul itu!”


Setelah itu, aku melayangkan pandangan, dan tampak dua orang perempuan muncul dengan sayap-sayap mereka yang didorong oleh angin. Sayap mereka seperti sayap burung ranggung. Mereka mengangkut keranjang itu di antara langit dengan bumi.


Aku melayangkan pandang lagi, lalu tampak empat buah rata muncul dari antara dua buah gunung, dan gunung-gunung itu gunung gangsa.


Bileam melayangkan pandangannya dan melihat orang Israel yang sedang berkhemah mengikut suku masing-masing. Lalu turunlah Roh Allah ke atasnya,


Ketika Yosua berada dekat Yerikho lalu melayangkan pandangannya untuk mengamati sekelilingnya, tampak seorang laki-laki berdiri di hadapannya menghunus pedang di tangan. Yosua mendekatinya dan bertanya kepadanya, “Engkau memihak kami atau memihak musuh kami?”


Kemudian aku melihat seekor lagi binatang buas muncul dari bumi, bertanduk dua seperti anak domba dan bertutur seperti naga.


Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan