Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Ketika aku berfikir tentang tanduk-tanduk itu, tampaklah sebatang tanduk lain yang kecil muncul di antara semuanya itu. Lalu tiga batang tanduk yang terdahulu tercabut di hadapannya. Tampaklah pada tanduk itu ada mata seperti mata manusia dan mulut yang bercakap besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Semasa aku merenung tanduk-tanduk itu, aku nampak sebuah lagi tanduk yang kecil muncul di antaranya. Tanduk itu menyingkirkan tiga buah tanduk yang ada di situ. Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulut yang bercakap dengan sombong.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Semasa aku merenung tanduk-tanduk itu, aku nampak sebuah lagi tanduk yang kecil muncul di antaranya. Tanduk itu menyingkirkan tiga buah tanduk yang ada di situ. Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulut yang bercakap dengan sombong.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:8
15 Iomraidhean Croise  

Semoga TUHAN memotong bibir yang memuji palsu dan lidah yang bertutur angkuh


Lalu raja itu akan berbuat sewenang-wenangnya. Dia akan meninggikan diri dan terus membesarkan diri atas segala tuhan serta mengucapkan hal-hal yang dahsyat menentang Allah segala allah. Dia akan beroleh kejayaan sehingga genap tempoh kemurkaan itu, kerana apa yang sudah ditentukan akan terlaksana.


Kemudian aku ingin tahu tentang erti sebenarnya tentang binatang keempat yang berbeza daripada semua binatang yang lain itu. Ia amat menakutkan, giginya daripada besi, dan kukunya daripada gangsa. Dia melahap dan meremukkan mangsa, lalu sisanya diinjak-injaknya dengan kaki.


Dia akan menentang dan meninggikan dirinya daripada semua yang disembah manusia. Dia akan duduk di dalam bait Allah dan mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.


Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencaci maki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci,


Apabila mereka mengeluarkan kata-kata yang hebat tetapi kosong, mereka menggunakan hawa nafsu dan keinginan cabul untuk menggoda orang yang baru terlepas daripada golongan yang hidup sesat.


Orang sedemikian sentiasa bersungut dan menyalahkan orang lain. Mereka menurut hawa nafsu durjana. Mereka memuji diri sendiri dan mengampu orang tertentu untuk mendapat keuntungan.


Aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh berkepala tujuh. Di setiap tanduk terletak mahkota dan di setiap kepala tertulis nama kufur.


Belalang itu kelihatan seperti kuda yang siap sedia untuk berperang. Di kepalanya ada sesuatu seperti mahkota emas dan mukanya mirip muka manusia.


Jangan terus-menerus bercakap sebegitu sombong, janganlah keangkuhan keluar daripada mulutmu, kerana TUHAN itu Allah Yang Maha Tahu dan melalui-Nya setiap perbuatan manusia dipertimbangkan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan