Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Kemudian tampak pula seekor binatang lain, iaitu yang kedua. Wajahnya seperti beruang dan ia ditegakkan pada sisi badannya yang sebelah. Di dalam mulutnya, di antara gigi-giginya, ada tiga batang tulang rusuk dan kepadanya dikatakan demikian, ‘Ayuh, bangunlah dan makanlah daging banyak-banyak!’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Binatang kedua rupanya seperti beruang dan berdiri di atas kaki belakangnya. Binatang itu sedang menggigit tiga tulang rusuk. Lalu terdengar suara yang berkata, “Makanlah daging sebanyak yang kausuka!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Binatang kedua rupanya seperti beruang dan berdiri di atas kaki belakangnya. Binatang itu sedang menggigit tiga tulang rusuk. Lalu terdengar suara yang berkata, “Makanlah daging sebanyak yang kausuka!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:5
14 Iomraidhean Croise  

Dia pun berpaling ke belakang. Dipandangnya mereka lalu dikutuknya mereka dengan nama TUHAN. Maka keluarlah dua ekor beruang betina dari dalam hutan dan mencabik-cabik empat puluh dua orang kanak-kanak daripada antara mereka.


Lebih baik bertemu dengan beruang yang kehilangan anak, daripada bertemu dengan orang yang betul bendul dengan kebodohannya.


Wahai semua binatang di padang, wahai semua binatang di hutan, datanglah untuk makan!


“Sekarang aku akan memberitahukan kebenaran kepadamu. Ketahuilah, tiga orang raja lagi akan muncul di Parsi, dan yang keempat akan mendapat kekayaan besar melebihi mereka semua. Setelah dia menjadi kuat kerana kekayaannya, dia akan mengerahkan semua orang untuk melawan kerajaan Yunani.


Setelah tuanku akan muncul suatu kerajaan lain yang lebih lemah daripada kerajaan tuanku, lalu kerajaan lain daripada gangsa, yakni yang ketiga, yang akan menguasai seluruh bumi.


Peres: kerajaan tuanku telah dibahagi-bahagikan dan diserahkan kepada orang Media dan orang Parsi.”


Rupa yang pertama seperti singa, tetapi mempunyai sayap burung rajawali. Aku memperhatikan terus sampai sayap-sayapnya tercabut dan ia terangkat dari tanah dan ditegakkan atas kedua-dua belah kakinya seperti manusia lalu kepadanya diberikan akal manusia.


Setelah itu, aku terus memperhatikan dan tampaklah seekor binatang lain yang rupanya seperti harimau bintang. Pada belakangnya ada empat sayap burung. Binatang itu berkepala empat dan kepadanya diberikan kekuasaan.


Kujumpai mereka seperti beruang yang kehilangan anak dan Kukoyak-koyak selaput jantung mereka. Di sana akan Kuterkam mereka seperti singa, seperti binatang liar akan Kucabik mereka.


Binatang itu kelihatan seperti harimau bintang tetapi kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kuasa dan takhtanya serta kekuasaan yang besar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan