Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Rupa yang pertama seperti singa, tetapi mempunyai sayap burung rajawali. Aku memperhatikan terus sampai sayap-sayapnya tercabut dan ia terangkat dari tanah dan ditegakkan atas kedua-dua belah kakinya seperti manusia lalu kepadanya diberikan akal manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Yang pertama rupanya seperti singa, tetapi mempunyai sayap seperti sayap burung helang. Sedang aku memandang, sayapnya tercabut daripadanya. Binatang itu terangkat dari tanah, dan ditegakkan pada kakinya seperti manusia, dan diberikan akal manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Yang pertama rupanya seperti singa, tetapi mempunyai sayap seperti sayap burung helang. Sedang aku memandang, sayapnya tercabut daripadanya. Binatang itu terangkat dari tanah, dan ditegakkan pada kakinya seperti manusia, dan diberikan akal manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:4
27 Iomraidhean Croise  

Saul dan Yonatan ialah orang yang dicintai dan yang menyenangkan, yang tidak terpisah dalam hidup dan mati mereka. Mereka lebih cepat daripada burung rajawali, mereka lebih kuat daripada singa.


apa lagi manusia, yang seperti belatung, anak insan, yang seperti ulat!”


Timbulkan ketakutan dalam hati mereka, ya TUHAN, supaya bangsa-bangsa itu sedar diri mereka hanyalah manusia. Sela


Seperti singa Dia meninggalkan tempat kediaman-Nya. Negeri mereka sudah menjadi tandus, kerana kegarangan si penindas, kerana murka-Nya yang menyala-nyala.”


Lihat, dia naik seperti awan dan rata-ratanya seperti angin puting beliung. Kuda-kudanya lebih tangkas daripada burung rajawali. Malangnya kita, kerana kita dibinasakan!


Singa telah bangkit dari belukar, pemusnah bangsa-bangsa telah berangkat, keluar dari tempatnya untuk menjadikan negerimu tandus. Kota-kotamu akan dijadikan puing-puing sehingga tidak berpenduduk lagi.


Beginilah firman TUHAN, “Sesungguhnya, dia akan terbang cepat seperti burung rajawali dan mengembangkan sayapnya atas Moab.


Sesungguhnya, seperti singa datang dari belukar Sungai Yordan ke padang ragut yang subur, demikianlah secara tiba-tiba Aku akan membuat mereka lari dari sana. Sesiapa yang terpilih akan Kuangkat untuk memerintah mereka. Kerana siapakah seperti Aku? Siapakah yang berani mendakwa Aku? Siapakah gerangan gembala yang dapat bertahan di hadapan-Ku?


Lebih cepat kalangan yang mengejar kami berbanding burung rajawali di udara. Mereka memburu kami di pergunungan, dan menyerang hendap kami di gurun.


Katakan: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Ada seekor burung helang besar yang lebar sayapnya, panjang kepaknya, dan penuh dengan bulu berwarna-warni. Burung itu datang ke Lebanon lalu mengambil pucuk paling atas sebuah pokok araz.


“Wahai anak manusia, katakanlah kepada raja Tirus: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Kerana kesombonganmu engkau berkata, “Akulah Allah! Aku duduk di takhta Allah, di tengah lautan.” Padahal engkau manusia, bukan Allah, walaupun engkau menganggap dirimu seperti Allah.


Masihkah engkau akan berkata di hadapan pembunuhmu, “Akulah Allah”? Engkau ini manusia, bukan Allah, di tangan orang yang menikam engkau.


Anak-anak manusia, binatang-binatang liar, dan burung-burung di udara — di mana-mana pun mereka tinggal — telah diserahkan-Nya ke dalam tangan tuanku. Dia membuat tuanku berkuasa atas semuanya. Kepala daripada emas itu ialah tuanku.


Pada waktu itu fikiranku waras kembali. Kebesaranku dan kegemilanganku dikembalikan kepadaku demi kemuliaan kerajaanku. Para menteriku dan para pembesarku menjemput aku dan aku dimantapkan kembali dalam kerajaanku, dan keagungan yang luar biasa ditambahkan kepadaku.


Binatang-binatang yang lain pun dicabut kekuasaannya, tetapi dibenarkan hidup lama sedikit sampai waktu dan masa tertentu.


Kemudian tampak pula seekor binatang lain, iaitu yang kedua. Wajahnya seperti beruang dan ia ditegakkan pada sisi badannya yang sebelah. Di dalam mulutnya, di antara gigi-giginya, ada tiga batang tulang rusuk dan kepadanya dikatakan demikian, ‘Ayuh, bangunlah dan makanlah daging banyak-banyak!’


Di mana ada bangkai, di situlah berkerumunnya burung nasar.”


TUHAN akan mendatangkan kepadamu sebuah bangsa dari jauh, dari hujung bumi, yang terbang melayah turun seperti rajawali — bangsa yang kamu tidak mengerti bahasanya,


Binatang itu kelihatan seperti harimau bintang tetapi kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kuasa dan takhtanya serta kekuasaan yang besar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan