Daniel 7:2 - Alkitab Versi Borneo2 Demikianlah kata Daniel, “Tampaklah dalam penglihatanku pada malam hari keempat-empat angin dari langit menggelorakan laut yang besar. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)2 yang aku lihat pada malam itu: Angin kencang bertiup dari semua penjuru dan memukul permukaan laut. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik2 yang aku lihat pada malam itu: Angin kencang bertiup dari semua penjuru dan memukul permukaan laut. Faic an caibideil |
Tidak lama selepas kemunculannya, kerajaannya akan terpecah dan terbahagi menurut empat arah mata angin. Tetapi kerajaan itu tidak akan menjadi milik keturunannya dan tidak akan berkuasa sebagaimana dia berkuasa, kerana kerajaannya akan dicabut dan diberikan kepada orang lain selain keturunannya itu.
Setelah itu, aku terus memperhatikan dalam penglihatan pada malam hari itu. Tampaklah binatang keempat yang menakutkan, dahsyat, dan amat kuat. Ada dua baris giginya yang besar dan daripada besi. Dia melahap dan meremukkan mangsa, lalu sisanya diinjak-injaknya dengan kaki. Dia berbeza daripada semua binatang yang terdahulu dan dia ada sepuluh batang tanduk.