Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:18 - Alkitab Versi Borneo

18 Namun demikian, orang suci milik Yang Maha Tinggi akan mengambil alih kerajaan itu dan memegang kerajaan itu buat selama-lamanya, ya, sampai kekal selama-lamanya.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Tetapi umat Allah Yang Maha Tinggi akan menerima kuasa untuk memerintah selama-lamanya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Tetapi umat Allah Yang Maha Tinggi akan menerima kuasa untuk memerintah selama-lamanya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:18
21 Iomraidhean Croise  

Anak-anak-Mu akan menggantikan nenek moyang-Mu; Engkau akan merajakan mereka di serata bumi.


Seperti domba mereka berbaring di kubur, maut akan membaham mereka. Orang yang tulus akan berkuasa atas mereka setelah pagi nanti; dan jasad mereka akan dimusnahkan di kubur, jauh dari tempat kediaman mereka.


Bangsa-bangsa akan menjemput mereka dan menghantar mereka pulang ke tempatnya. Keturunan kaum Israel akan memiliki orang itu sebagai hamba lelaki dan perempuan di bumi TUHAN. Mereka akan menawan orang yang dahulunya menawan mereka dan berkuasa atas para penindas mereka.


Lalu dikurniakan kepada-Nya kekuasaan, kemuliaan, dan kedaulatan, sehingga semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa beribadat kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan kekal yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya tidak akan binasa.


‘Empat ekor binatang besar itu ialah empat orang raja yang akan muncul di bumi.


sehingga datang Yang Abadi lantas memberikan keadilan kepada orang suci milik Yang Maha Tinggi. Maka tibalah waktunya bagi orang suci untuk memegang kerajaan itu.


Dia akan berucap menentang Yang Maha Tinggi dan menganiaya orang suci serta berusaha untuk mengubah waktu dan hukum. Orang suci itu akan diserahkan ke dalam tangannya untuk satu masa, dua masa, dan separuh masa.


Maka pemerintahan, kekuasaan, dan keagungan segala kerajaan di bawah seluruh kolong langit akan diserahkan kepada umat suci milik Yang Maha Tinggi. Kerajaan-Nya ialah kerajaan yang kekal. Segala penguasaan akan beribadat dan taat kepada-Nya.’


Tetapi akan ada kalangan yang terselamat di Gunung Sion, dan gunung itu akan menjadi tempat kudus; dan keturunan kaum Yakub akan memiliki tanah yang sememang milik mereka.


Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaan-Nya berkekalan.”


Tidakkah kamu tahu bahawa orang salih akan mengadili dunia ini? Jika kamu mengadili dunia ini, tidak sanggupkah kamu mengadili perkara yang kecil?


Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus.


Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara.


Aku melihat beberapa takhta, lantas orang duduk di atasnya dan diberi kuasa sebagai hakim. Aku melihat roh-roh orang yang telah dipancung kepala kerana memberikan kesaksian tentang Yesus Kristus dan firman Allah, yang tidak menyembah binatang itu atau patungnya, dan tidak menerima tandanya di dahi atau di tangan. Mereka itu hidup dan memerintah bersama Kristus selama seribu tahun.


Malam tiada lagi, dan cahaya pelita serta cahaya matahari tidak diperlukan lagi. Kerana Tuhan Allah akan menerangi mereka dan sekaliannya bertakhta selama-lamanya.


Aku akan membenarkan mereka yang menang duduk di atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kini duduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya.


Engkau telah menjadikan mereka suatu kerajaan dan imam-imam Allah untuk menyembah Allah kita dan memerintah di bumi.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan